Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Gelaran juara ‘Big Stage 5’ diharap buka pintu rezeki

Nadeera Zaini bakal rakam lagu baru ciptaan komposer lagu Justin Bieber, Shin Hyuk dari Korea
Jul 10, 2023 | 02:17 PM



Kejayaan besar yang diraih sebagai juara peraduan realiti golongan penyanyi ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU), Big Stage (Musim 5) pada Ahad memang sesuatu yang dinanti-nantikan Nadeera Zaini.


Sudah banyak kali bakat kelahiran Mersing, Johor, berusia 29 tahun ini memasuki peraduan realiti bermula dengan Vokal... Bukan Sekadar Rupa pada 2012 dan Mentor Legend pada 2014 tetapi namanya masih belum cukup dikenali.


Tiga tahun lalu, beliau dilamar label rakaman MAP Music yang berusaha mengetengahkan kebolehan vokal luar biasanya yang boleh disifatkan sebagai ‘powerhouse’ dan lunak didengar meskipun ditarik pada nada tinggi.

Pada Ahad, Nadeera sebak mengenangkan perjalanan seninya yang penuh jerih payah. Beliau menjawab kecaman sesetengah pihak yang berasakan beliau kurang cantik untuk bergelar penyanyi yang disanjung dan mampu bertahan lama dalam industri.







Baginya, aspek paras rupa adalah perkara yang tidak wajar menjadi ukuran kerana ia pemberian Tuhan. Pengakuan jujurnya malahan membuatkan juri tetap, Ajai, rasa terkesan dan memujuk hati Nadeera agar tidak berasakan begitu kerana ada kecantikan yang dilihat pada diri penyanyi yang mampu bergelar bintang ini suatu hari nanti.

Ajai juga meminta Nadeera agar tidak rasa rendah diri dengan penampilannya serta yakin dapat memberikan yang terbaik. Rakan seangkatan Nadeera, Aina Abdul, yang kini nama besar di Malaysia, pula meyakinkan rakannya itu bahawa apabila rezeki ada, Nadeera akan dapat mengecapi kejayaan.

Nadeera menyanyikan lagu yang benar-benar menggambarkan situasinya yang meskipun telah melakukan segala-galanya, namun, kadangkala ia masih belum mencukupi di mata ramai iaitu Never Enough dendangan asal Loren Allred. Penyampaiannya sampai ke hati penonton dan ini membuatnya berada pada skala yang tidak dapat ditewaskan peserta lain, iaitu saingan terdekatnya, Waode, serta peserta lain, Putera Muhammad, Hoondoo, Aufahanie dan Puteri Khareeza.


Beliau membawa pulang RM100,000 ($29,158), trofi dan peluang merakam single ciptaan komposer Korea, Shin Hyuk, yang terkenal kerana menjadi sebahagian pasukan yang mencipta lagu Justin Bieber, One Less Lonely Girl. Beliau yang hadir di peringkat akhir Big Stage 5 juga adalah pencipta lagu kumpulan K-Pop seperti Girls Generation dan Shinee.


Dalam sesi sidang media yang diadakan selepas keputusan diumumkan dan disiarkan di YouTube secara langsung, Nadeera berkata:

“Saya bersyukur dengan sokongan yang diberi keluarga, teman-teman, peminat dan warga kerja Astro yang tidak putus-putus memberi saya semangat baru untuk terus mencuba. Tanpa semua ini, saya tidak dapat melakukan apa yang saya idamkan selama ini, iaitu mendapat kejayaan di pentas segah Big Stage 5.”


Ditanya mengenai perancangannya setelah menerima RM100,000, Nadeera enggan meluahkan sesuatu yang belum tentu terlaksana tetapi berkata:

“Saya yakin kalau kita berniat baik dan memanfaatkan wang itu untuk perkara yang baik, yang baik-baiklah yang akan datang kepada kita. Saya hanya ingatkan jasa ibu bapa saya dan pastinya apa yang saya buat untuk mereka.”







Beliau juga teruja dengan tawaran merakam single ciptaan Shin Hyuk yang merupakan nama besar dalam industri muzik antarabangsa.


Waode, 26 tahun, selaku naib juara pula banyak belajar di pentas Big Stage 5.


“Kalau bertanding di Indonesia, saya hanya fokus pada aspek nyanyian tetapi Big Stage 5 mengajar saya tentang kreativiti juga. Saya juga tidak fikir peraduan ini menyebelahi penyanyi Malaysia seperti Nadeera sebab beliau tuan rumah. Kita berada di landasan yang sama walau saya orang Indonesia. Siapa yang lebih baik, beliaulah pemenang dan Nadeera memang mempunyai persembahan yang konsisten dan layak menang,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >