Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ajai tak masuk campur apabila Nourul, Ayu berselisih

Sep 15, 2023 | 01:50 PM



Komposer dan penyanyi Ajai enggan masuk campur dan menganggap perselisihan faham antara bekas isterinya, Nourul Wahab dengan anak sulungnya, Ayu Nazirah sebagai normal dan tak perlu diperbesarkan.

Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas, 48 tahun, memaklumkan konflik antara Nourul dengan Ayu bukanlah perkara baru kerana ia pernah beberapa kali terjadi sebelum ini.

“Bagi saya, itu adalah hal peribadi antara ibu dengan anak. Merajuk (Nurul dan Ayu) itu sebenarnya sudah biasa sangat. Saya kira itu perkara standard (perselisihan faham) antara ibu dengan anak. Biasalah, kalau Ayu bergaduh dengan emaknya, dia akan mengadu kepada saya.

“Kalau Ayu berselisih faham dengan saya, dia mengadu dengan maknya. Biasalah itu,” kata Ajai ketika ditemui Berita Harian Malaysia (BHM) pada sidang media Exists X Orkestra di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Konsert Exists X Orkestra bakal berlangsung di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 22 Disember depan.


Dalam pada itu, Ajai turut memaklumkan beliau lebih selesa mengambil sikap berkecuali dan enggan menyalahkan mana-mana pihak berhubung kontroversi itu.

Bagaimanapun, sebagai bapa, Ajai berkata beliau tetap menasihatkan Ayu supaya beralah dan terus menjaga hubungan baik dengan ibunya.

“Sebagai bapa, saya pujuk Ayu. Bila merajuk atau berselisih faham dengan mak, minta maaf. Kena hormat ibu kerana itu syurga kamu dan darah daging kamu,” ujarnya.

Sementara itu, Ajai turut menafikan status ibu baru yang dimaksudkan Nourul dalam hantaran ditujukan kepada isterinya, Liza Ilyas.

“Ibu baru yang dinyatakan dalam entri Nourul itu bukan Liza, itu orang lain,” jelasnya.

Terdahulu, pemilik nama sebenar Noorulhuda Abdul Wahab berkongsi foto sedang hamil dan menceritakan pengalaman sebelum melahirkan Ayu kira-kira 25 tahun lalu.

Menerusi perkongsian yang sama, penyanyi Kerana Terluka itu turut meluahkan perasaan seolah-olah berjauhan hati apabila mendakwa dirinya dipinggirkan selepas anaknya mempunyai ibu baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >