Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Akshay Kumar derma 10j rupee untuk beri makan monyet jalanan

Oct 30, 2024 | 12:14 PM
Akshay Kumar dikenali dengan sikap dermawan dan memberi 10 juta rupee ($157,681) bagi projek pemuliharaan dan pemberian makanan harian kepada 1,200 ekor monyet di kota Ayodhya, India.
Akshay Kumar dikenali dengan sikap dermawan dan memberi 10 juta rupee ($157,681) bagi projek pemuliharaan dan pemberian makanan harian kepada 1,200 ekor monyet di kota Ayodhya, India. - Foto INSTAGRAM AKSHAY KUMAR

Penerbit dan pelakon filem Bollywood, Akshay Kumar, yang dikenali sebagai bintang berjiwa masyarakat, telah mendermakan 10 juta rupee ($157,681) bagi projek pemuliharaan dan pemberian makanan harian kepada 1,200 ekor monyet di kota Ayodhya, India.

Menurut laporan di laman web, Filmfare, Akshay, 57 tahun, mendermakan wang yang banyak sempena sambutan Deepavali bagi memastikan monyet di kawasan tebing sungai itu terpelihara di daerah khusus dan tidak mengganggu lautan orang ramai yang datang ke situ untuk upacara penyembahan Hindu.

Beliau turut mengabadikan nama mendiang ibu bapanya dan bapa mentuanya, legenda perfileman, Rajesh Khanna, pada van yang menampung makanan monyet dan meronda di jalanan bagi misi murni itu.

Menjelaskan tentang projek amalnya, Akshay, yang banyak menghasilkan filem dengan pesanan tentang kebersihan dan inovasi, berkata:

“Apabila saya mendengar tentang isu monyet kelaparan di tempat suci Ayodhya ini, saya langsung ingin menyumbang sesuatu.

“Saya mengambil keputusan meletakkan sekali nama orang-orang tersayang dalam keluarga saya pada van itu agar mereka juga rasa bangga dengan usaha saya memanfaatkan simpanan hasil lakonan untuk kerja kemasyarakatan.”

Daya usaha Akshay itu dipimpin badan pengamanah, Anjaneya Sewa Trust.

Pengasas Anjaneya Sewa Trust, Cik Priya Gupta, berkata:

“Saya memang tahu betapa baik hati dan pemurahnya Akshay kepada keluarga, pekerja, kru dan rakan gandingannya di set filem .

“Beliau bukan sahaja banyak menderma dan secara spontan, malah merupakan warga negara India yang prihatin tentang isu sosial di sekelilingnya.

“Akshay prihatin dengan kesejahteraan penduduk Ayodhya dan memberi jaminan sewaktu sukarelawan kami memberi makan monyet ini, takkan ada sampah yang terbiar di jalanan sehingga mengotorkan kota itu.”

Sebelum ini, Akshay yang merupakan pelakon filem, Gabbar Is Back, Dishoom dan Pad Man itu pernah menyalurkan wang bagi membantu pengendalian urusan kesihatan ketika wabak Covid-19 menular menerusi dana, Om Cares.

Pada Ogos, beliau menyumbang lebih 10 juta rupee bagi projek peningkatan Masjid Terapung dan Makam Haji Ali Dargah di Mumbai dengan keyakinan perbezaan agama bukan penghalang untuk seseorang menghulurkan bantuan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg