Pengguna Berdaftar
Aksi Shah Rukh dalam filem ‘Jawan’ buat hati tertawan
Sep 14, 2023 | 5:30 AM
KEKAL NADI FILEM BOLLYWOOD: Shah Rukh Khan memiliki karisma untuk hidupkan dua watak sebagai Azad dan Kapten Vikram dalam ‘Jawan’ yang mengetengahkan isu golongan ditindas. - Foto RED CHILLIES ENTERTAINMENT
Kegemilangan filem Bollywood yang sudah lama pudar dan payah ‘melekat’ di hati penonton Melayu khususnya kerana jalan cerita yang hambar nampaknya kembali bangkit dengan kemunculan filem terkini Shah Rukh Khan, Jawan, yang bermaksud ‘tentera’.
Tidak keterlaluan kalau saya katakan babak aksi yang dipaparkan dalam filem sepanjang hampir tiga jam ini jauh lebih hebat dan mendebarkan berbanding adegan sepak terajang dan tembak-menembak dalam filem Hollywood.
Laporan berkaitan
Kangana ajak penonton India boikot filem HollywoodSep 15, 2021 | 5:30 AM
Kerala lancar projek pelancongan filem untuk tarik peminat BollywoodAug 31, 2023 | 6:13 PM

