Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Alif Satar bangga anak sulung ikut jejak sebagai penyanyi

Mar 18, 2024 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Artis versatil, Alif Satar bangga anak sulungnya, Alisha Anugerah, sembilan tahun, tidak mengambil masa lama bagi merakamkan lagu, ‘Al-Fatihah’, untuk platform penstriman digital kanak-kanak Muslim, Durioo+ walaupun hanya diperdengarkan melodi lagu pada hari rakaman.


Alif yang dilantik sebagai duta Durioo+ berkata pembabitan Alisha menerusi lagu, ‘Al-Fatihah’, berlaku secara spontan selepas anaknya menyuarakan hasrat untuk menjadi suara latar bagi cerita animasi.

“Anak-anak saya memang diberikan iPad dan mereka selalu merakam ulasan permainan untuk suka-suka. Alisha pernah bertanya bila boleh sumbangkan suara untuk animasi.

“Saya katakan kepadanya ada beberapa kenalan dan mungkin saya boleh bertanya kepada mereka.

“Kebetulan Durioo+ sedang mencari bakat kanak-kanak untuk menyanyi, jadi Alisha akhirnya diberikan peluang merakamkan lagu, ‘Al-Fatihah’.

“Alisha memang mengikut jejak langkah saya sebab suka mencuba semua benda.

“Proses rakaman tak ambil masa lama, sekitar dua jam sahaja. Apa yang buatkan saya kagum, Alisha cepat tangkap, sedangkan lagu, ‘Al-Fatihah’, agak sukar, apatah lagi, mendengar melodi pada hari rakaman.

“Durioo+ sangat berpengalaman mengendali kanak-kanak dan proses rakaman jadi sangat mudah,” katanya kepada Berita Harian Malaysia.


Selain lagu, ‘Al-Fatihah’, Alisha turut merakamkan suaranya untuk lagu berbentuk doa di wadah yang sama.

Sementara itu, Alif pula meminjamkan suara dalam siri animasi original, ‘ILM: Kebangkitan Khalifah’ yang ditayangkan di platform Durioo+ sempena Ramadan.

Katanya, beliau tidak berfikir panjang dan rugi sekiranya menolak pelawaan Pengasas Durioo+, Encik Sinan Ismail untuk terbabit dalam projek yang dianggap cukup istimewa itu.

“Bagi saya, satu kerugian jika saya tolak projek istimewa ini. Selain menghiburkan, ILM juga berfungsi sebagai sumber pembelajaran Islam yang berharga untuk kanak-kanak.

“Dengan usaha Durioo+, keluarga Muslim di Malaysia boleh dapat manfaat sepanjang Ramadan dengan nilai murni melalui siri ILM dan content (kandungan) lain yang ditawarkan di Durioo+,” katanya yang ditemui baru-baru ini.


Berkongsi pengalaman meminjamkan suara untuk watak Ishak, pelakon, penyanyi dan pengacara berusia 34 tahun itu berkata ini bukan kali pertama beliau terbabit dalam menyumbangkan suara untuk animasi, tetapi pengalaman kali ini berbeza.

Katanya, rakaman suara untuk siri animasi itu dibuat dalam dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris.

“Proses rakaman bagi setiap episod memakan masa sangat lama.

“Kali ini, saya rasa sangat berbeza kerana kami diberikan guru vokal yang betul-betul meneliti setiap nada dan perkataan dilontarkan.

“Proses menyiapkan siri ini membabitkan ramai orang. Ini memang bukan satu pengalaman biasa kerana selain cerita, ada juga sirah yang disampaikan untuk memastikan kesahihan cerita.

“Lebih mencabar rakaman dibuat dalam dua bahasa dan proses untuk satu episod sangat panjang,” katanya.

Tambah Alif, beliau tetap terima tawaran ILM walaupun mereka hanya tunjukkan lakaran asas.

“Saya terima kerana memikirkan pahala yang terus mengalir apabila jayakan projek ini. Apabila mereka tunjukkan produk akhir, saya memang terkejut dengan hasil yang disiapkan.

“Animasi ini sangat bermanfaat dan sesuai ditonton golongan kanak-kanak kerana menyelitkan banyak pengajaran dan sirah.

“Sebagai bapa, saya akan galakkan anak-anak menonton Durioo+ kerana mempunyai banyak kandungan bermanfaat yang menerapkan ciri-ciri Islam dan selamat untuk ditonton,” katanya




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >