PETALING JAYA: Pengasas dan pengarah kreatif jenama fesyen Fiziwoo, Hafizi Woo, terpaksa mengeluarkan kenyataan ekoran kecaman warga siber terhadap kemunculan pelakon dan penyanyi kontroversi, Aliff Aziz, yang terlihat menggayakan busana (daripada jenama itu) di laman Instagram Fiziwoo.
Hafizi memaklumkan bahawa Aliff merupakan pelanggan yang sering membuat tempahan baju untuk penggambaran, sejak beberapa tahun lalu.
“Aliff ada show di Malaysia dan akan buat penampilan di acara antarabangsa selepas ini,” jelas Hafizi di laman web, Utusan Online.
Beliau juga menegaskan Aliff bukan duta bagi jenama terkemuka itu serta koleksi busana yang dikongsikan dalam laman Instagram Fiziwoo.
Selain itu, mengikut Hafizi, di ruangan komen Instagram, jenama Fiziwoo menerima dan meraikan semua orang termasuk Aliff Aziz yang selama ini telah memberi sokongan pada jenama itu.
Menjengah di ruangan komen, kebanyakan warga siber meluahkan rasa tidak puas hati kerana menganggap pereka fesyen berkenaan tidak peka dengan isu yang berlaku membabitkan penyanyi lagu, Sayang Sayang, itu.
“Siap letak disclaimer, perlu ke? Saja hendak cetuskan, dah tahu tapi pura-pura tidak. Dia tidak layak lagi di Malaysia,’’ kata satu komen.
“Sengaja mencari peluang nak viral,” ujar satu komen lagi.
“Memang suka ambil artis-artis yang bermasalah ke?,” kata satu komen lagi.
“Meluat, berambus balik tempat sendiri,” kongsi satu komen lagi.
Dalam pada itu, di ruangan komen Aliff pula dihujani dengan komen positif daripada peminat yang mendoakan kejayaan juara, pertandingan Gegar Vaganza musim kelapan itu.
“Terbaik Aliff, nampak sudah bersemangat dan kekalkan seperti ini,” kata satu komen.
“Bahagia tengok Aliff kembali senyum, positif sahaja. Doakan Aliff yang terbaik dan sukses selalu,” ujar satu lagi komen lagi.
“Terus maju ke hadapan dan jangan pandang belakang lagi,” kongsi satu komen.
“Alhamdulilah, rezeki tak salah alamat. Terus maju Aliff dan dipermudahkan segala urusan,” kata satu komen lagi.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg