Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bella Astillah jelas sebab had interaksi anak dengan keluarga Aliff Aziz

Aug 13, 2024 | 3:47 PM
Bella Astillah bergambar bersama dua anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna, hasil perkahwinan dengan bekas suami, Aliff Aziz.
Bella Astillah bergambar bersama dua anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna, hasil perkahwinan dengan bekas suami, Aliff Aziz. - Foto INSTAGRAM BELLA ASTILLAH

Penyanyi dan pelakon Malaysia, Bella Astillah, mendedahkan bahawa bekas ibu mentuanya, Cik Siti Hafiza Basharahil, menjadi punca beliau menyekat pergaulan anak-anaknya dengan keluarga bekas suaminya, penyanyi dan pelakon asal Singapura, Aliff Aziz.

Dalam hantaran di Instagram pada 9 Ogos, Bella berkongsi bahawa beliau kecewa dengan cara bekas ibu mentuanya bercakap dengan anak lelakinya yang berusia tujuh tahun, Ayden, dalam satu panggilan video.

Menukil apa yang dikatakan oleh bekas ibu mentuanya ketika itu, Bella menulis: “Tengok muka Ayden tu, kesiannya muka dia risaukan daddy dia, muka dia tertekan... Ayden sayang jangan risaukan daddy ya, dia okey. Insya-Allah Ayden hanya perlu doakan daddy.

“Ayat-ayat macam ini hanya akan mengganggu fikiran budak kecil walhal dia tak ada pun fikiran sebegitu.”

Dalam hantarannya, Bella, 30 tahun, berkata beliau bertanggungjawab sepenuhnya menjaga kededua anaknya dan menyalahkan ibu mentuanya kerana “musnahkan semuanya”.

“Alhamdulillah, mereka gembira sahaja sebab sudah terbiasa memang selalu dengan saya. Saya yang banyak uruskan mereka daripada bayi. Bukan mudah untuk semuanya kembali seperti tiada apa-apa berlaku.

“Puan Fiza sudah musnahkan semuanya. Jangan cakap saya gunakan anak-anak sebagai alasan. Saya menjaga kesihatan mental dan ketenangan anak-anak untuk membesar dengan baik dan positif,” katanya.

Bella mengulangi bahawa beliau tidak berniat memisahkan Aliff daripada anak-anak mereka.

Sebaliknya, beliau mahu memberi sedikit masa untuk meredakan ketegangan.

“Anak-anak tetap kenal bapa mereka. Saya tak pernah cakap nak pisahkan mereka... Insya-Allah, satu hari nanti pasti akan baik-baik sahaja,” katanya.

Bella mengeluh bahawa beliau masih belum menerima permohonan maaf daripada bekas mentuanya yang dilaporkan telah mengejeknya di media sosial.

Pelakon itu juga berkata mereka tidak pernah menawarkan diri untuk menjaga anak-anaknya setiap kali beliau pergi ke Singapura untuk menjalankan perniagaan.

“Sehingga hari ini, tiada kata maaf daripada anda sekeluarga.

“Di manakah akal fikiran dan sifat keperimanusiaan kamu? Kamu sindir saya setiap hari walaupun kamu cakap itu adalah kiriman umum. Rakyat Malaysia cukup bijak untuk tahu itu semua untuk saya,” kata Bella.

Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz memberi bekas isterinya, Bella Astillah, hak penjagaan penuh dua anak mereka.
Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz memberi bekas isterinya, Bella Astillah, hak penjagaan penuh dua anak mereka. - Foto fail

Menurut mStar, Cik Hafiza sebelum ini pernah menulis bagaimana penceraian tidak boleh dijadikan alasan untuk memisahkan anak daripada ibu bapanya.

Terdahulu, Bella berkongsi rasa aman dan menikmati kehidupan bersama keluarga selepas bercerai dengan Aliff, 33 tahun.

Bella dan Aliff, yang berkahwin pada 2016, bercerai dengan talak satu pada 13 Jun.

Aliff memberikan Bella hak penjagaan penuh kededua anak mereka – Ayden Adrean, tujuh tahun; dan Ara Adreanna, empat tahun.

Pasangan itu menjadi topik perbualan ramai pada awal Mac apabila Aliff ditahan pihak berkuasa agama kerana disyaki berkhalwat dengan pelakon tempatan Ruhainies, 32 tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg