Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Alumni Sekolah Menengah Yusof Ishak kenang tempat jatuh, bangun

Jan 17, 2026 | 7:30 PM
Alumni Sekolah Menengan Yusof Ishak (YISS) berkumpul di bangunan lama sekolah itu untuk perjumpaan dan mengenang mantan Wanita Pertama Singapura, Allahyarhamha Toh Puan Nor Aishah yang telah meninggal dunia pada April 2025.
Alumni Sekolah Menengan Yusof Ishak (YISS) berkumpul di bangunan lama sekolah itu untuk perjumpaan dan mengenang mantan Wanita Pertama Singapura, Allahyarhamha Toh Puan Nor Aishah yang telah meninggal dunia pada April 2025. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA

Sekitar 80 alumni dan guru bersara Sekolah Menengah Yusof Ishak (YISS) berkumpul di tapak lama di 27A Jubilee Road bagi satu majlis perjumpaan semula yang diadakan untuk mengenang Allahyarhamha Toh Puan Noor Aishah, isteri kepada mendiang Presiden pertama Singapura, Allahyarham Encik Yusof Ishak.

Majlis yang berlangsung pada 17 Januari 2026 itu diadakan sebagai mengenang pemergian mantan Wanita Pertama itu pada April 2025.

Tapak bersejarah di Jubilee Road itu, yang kini dipajakkan kepada Sekolah Masyarakat Antarabangsa (ICS), menyimpan memori besar sejak ia dibuka secara rasmi oleh Allahyarham Encik Yusof Ishak pada 1966.

Antara tokoh yang hadir termasuk penaja acara, Encik Eric Lim, CEO Asian Tigers, Pengarah Klinik, Dr Elias Tam serta guru bersara Cikgu Ishak Lias, bapa kenapa pengarah filem Singapura, Encik Faisal Ishak.

Cikgu Ishak pernah berkhidmat di YISS daripada 1972 sehinggalah sekolah itu berpindah ke Sumang Walk dan bersara pada 2022.

Majlis bermula dengan upacara menaikkan bendera yang menggamit memori, diikuti dengan ucapan dan persembahan di dewan sekolah di tingkat dua.

Bagi Duta Alumni, Cik Latifah Ali, kepulangan ini membawa seribu makna. Beliau berkongsi betapa disiplin daripada guru-guru lama telah membentuk jati dirinya, malah perjalanan sebagai ‘Yusoffian’ jugalah yang membina hubungan akrabnya dengan Allahyarhamha Toh Puan Noor Aishah.

“Melihat bangunan sekolah yang tidak berubah dan bersatu semula dengan guru-guru tingkatan membawa banyak kenangan,” ujar Cik Latifah, 60 tahun dan kini seorang suri rumahtangga.

Cik Latifah merupakan penganjur perjumpaan dan disokong persatuan alumninya yang terdiri daripada bekas pelajar dari 1965 hingga 2000. Ini adalah kali kelima acara ini dianjurkannya.

Acara ini juga menjadi ruang buat alumni memiliki lencana sekolah lama YISS sebagai kenangan warisan.

Walaupun YISS kini telah berpindah ke bangunan baru yang moden di 8 Sumang Walk, Punggol, semangat di Jubilee Road tetap hidup.

Cik Latifah yang mengenakan kebaya berwarna kuning lembut yang dihadiahkan oleh mantan Wanita Pertama itu juga berharap agar perjumpaan ini tidak berakhir di sini, sebaliknya menjadi jambatan yang menghubungkan generasi perintis dengan generasi muda.

“Melalui perkongsian cerita daripada guru dan alumni senior, legasi dan sejarah sekolah akan terus terpelihara.”

Pesannya kepada pelajar masa kini ringkas namun padat: “Tabah mengharungi setiap cabaran, percaya kepada impian, dan jangan sesekali berputus asa.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg