Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Amazon labur $5.48b demi kuasai bidang AI

Sep 28, 2023 | 05:30 AM



Amazon akan melabur sehingga AS$4 bilion ($5.48 bilion) dalam syarikat permulaan Anthropic, yang telah ditubuhkan untuk memberi saingan kepada ChatGPT, sedang gergasi Silicon Valley itu berusaha mengejar pesaing lain termasuk Microsoft dan Google, dalam perlumbaan menguasai ruang kecerdasan buatan (AI).

Di bawah syarat perjanjian itu, Amazon awalnya akan melabur $1.25 bilion ke dalam Anthropic, yang diasaskan kira-kira dua tahun lalu oleh bekas eksekutif penyelidikan daripada pembangun ChatGPT OpenAI, dan mengambil kepentingan minoriti dalam perniagaan itu.

Amazon berkata pelaburannya dalam Anthropic, yang baru-baru ini mengumumkan chatbot AI Claude 2 baru, boleh ditingkatkan hingga mencecah $4 bilion.


“Kami sangat menghormati pasukan dan model asas Anthropic, dan percaya kami boleh membantu meningkatkan banyak pengalaman pelanggan, jangka pendek dan panjang, melalui kerjasama kami yang lebih mendalam,” kata ketua eksekutif Amazon, Encik Andy Jassy.

Langkah Amazon mencapai perkongsian strategik dengan syarikat AI yang berjaya, mirip perjanjian berbilion dolar Microsoft dengan OpenAI pada Januari lalu.

Di bawah syarat perjanjian Amazon, Anthropic akan menggunakan Perkhidmatan Web Amazon (AWS) sebagai penyedia awan utamanya untuk “majoriti beban kerja”, walaupun ia bukan aturan eksklusif, dan menggunakan cip rekaan AWS dalam model asas yang menyokong aplikasi AInya.

Model asas ialah program AI besar yang dilatih menggunakan sejumlah besar data, jadi ia boleh disesuaikan untuk menyelesaikan pelbagai tugas.

Amazon sedang berusaha menjadikan cip Trainium dan Inferentia yang dihasilkannya sebagai alternatif kepada cip yang dibangunkan Nvidia, peneraju pasaran awal dalam ruang AI generatif, untuk model latihan dan larian.


Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Anthropic akan menyediakan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan AWS dengan akses awal kepada ciri unik produknya.

Ketua eksekutif dan pengasas bersama Anthropic, Encik Dario Amodei, berkata:

“Dengan meluaskan perkongsian kami dengan ketara, kami boleh membuka kunci kemungkinan baru untuk pertubuhan dari semua saiz, kerana mereka menggunakan sistem AI Anthropic yang selamat dan terkini bersama-sama dengan teknologi awan terkemuka AWS.”

Anthropic merupakan salah satu pesaing utama OpenAI dalam sektor AI yang masih baru, tetapi sedang berkembang pesat.

Tahun lalu, Google melabur $300 juta dalam Anthropic dan syarikat itu berkata ia akan melatih modelnya menggunakan cip Google dan menggunakan perkhidmatan awannya.

Pada bulan Jun, saingan lain, Inflection AI yang berpangkalan di Silicon Valley, telah mengumpulkan AS$1.3 bilion dalam pendanaan yang diketuai oleh Microsoft dan Nvidia. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >