Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Amelia Henderson tidak gentar dikecam gara-gara lakon watak wanita tidak bermoral

Aug 28, 2023 | 12:00 PM
YAKIN PENONTON BIJAK MENILAI: Amelia Henderson berprinsip penonton masa kini lebih bijak dan pandai menilai serta melihat konteks drama ‘One Million Dollar Voice’ yang memerlukannya membawa watak wanita tidak bermoral.
YAKIN PENONTON BIJAK MENILAI: Amelia Henderson berprinsip penonton masa kini lebih bijak dan pandai menilai serta melihat konteks drama ‘One Million Dollar Voice’ yang memerlukannya membawa watak wanita tidak bermoral. - Foto UTUSAN ONLINE

Pelakon Amelia Henderson tidak risau sekiranya wataknya sebagai seorang wanita tidak bermoral dalam drama bersiri terkini, One Million Dollar Voice, bakal mengundang kecaman dan ‘kebencian’ segelintir warganet.

Jelasnya, adalah tidak logik untuk dirinya dikecam gara-gara watak yang dijayakan. Tambahan pula, penonton kini sudah bijak dan pandai menilai keberkesanan dan bakat seseorang pelakon, lapor laman Utusan Online.

“Saya bukan pelacur hanya kerana membawakan watak tersebut. Setiap penonton ada tanggungjawab untuk menilai watak menerusi lakonan saya. Kalau setiap kali saya bawa watak ‘gelap’ dan dibenci, itu tidak logik.

“Watak itu pun ada jalan cerita sendiri. Mengapa dia menjadi seorang pelacur? Apa yang membuatkan dia terperangkap dalam dunia itu? Saya tak takut pun jika dikecam kerana karakter.

“Saya terima watak ini kerana berbeza. Tak pernah ada penerbit yang menawarkan watak sebegini kepada saya. Emosi memang macam roller coaster bila bawa watak Zana ini,” kongsinya.

Drama yang turut menampilkan pelakon lain seperti Emma Maembong, Lah Ahmad, Tracie Sinidol dan Layla Sania itu telah mula ditayangkan Isnin di Astro Ria.

Dalam pada itu, Amelia yang perlu menyanyi dalam drama tersebut juga mengharapkan agar penerimaan penonton terbuka terhadap nyanyiannya apatah lagi, beliau bukan seorang penyanyi profesional.

“Dah lama sebenarnya saya tak menyanyi. Orang lebih nampak sayarapping. Bukan saya tak minat tau dunia nyanyian tetapi tak yakinlah. Dalam drama ini, saya kena menyanyi, menari dan berlakon sekali.

“Kalau kata sampai masuk kelas vokal itu tidaklah. Ada enam lagu yang sudah dirakam, semua untuk program realiti yang menjadi jalan cerita utama drama tersebut,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg