Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

ARTIS DARI SEBERANG

Amy Search beri persembahan mantap pada usia 64 tahun

Jun 20, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Tiada apa lagi yang perlu dibuktikan legenda rock ini selepas menggegarkan ruang acara, Zepp Kuala Lumpur, melalui Konsert Endemik Search 2022 yang berlangsung dua malam, pada 4 Jun lalu.



Dihambat kritikan konon tidak mampu beraksi dan vokal 'pancit', Amy menyempurnakan amanah sebagai vokalis band rock terkemuka, Search, melalui persembahan mantap pada usia mencecah 64 tahun.



Terbukti tenaga, stamina dan semangat ditunjukkan Amy atau nama sebenar, Suhaimi Abdul Rahman, sukar ditandingi penyanyi muda, apatah lagi untuk bertahan berdekad-dekad lamanya dalam pentas muzik.



Enggan mendabik dada dengan kemampuan diri, Amy ketika ditemui pada majlis pelancaran buku Kejora nukilan Ashikin M di Petaling Jaya, baru-baru ini memberitahu, pesanan arwah bapanya menjadi azimat dalam menjayakan persembahan itu.



"Saya tidak pasti mengapa tindakan saya beri mikrofon kepada peminat (ketika membuat persembahan), orang simpulkan saya tidak boleh menyanyi.



"Namun, bagi saya, kata-kata arwah ayah sentiasa diingati. Arwah ayah menyatakan hari ini saya popular tetapi suatu hari nanti, kalau saya sudah tidak berkemampuan, orang akan caci biarpun saya sudah lama dalam industri ini.



"Arwah ayah berpesan kepada saya untuk sentiasa berbesar hati," katanya kepada Berita Harian Malaysia.



Enggan membiarkan kata-kata negatif menguasai minda, Amy sebaliknya menyifatkan persembahan pada Konsert Endemik Search 2022 sebagai pencapaian luar biasa.



Malah, baginya, konsert itu menjadi malam epik dan penuh emosi.



"Sebelum saya menjayakan konsert itu, saya beritahu anggota band, ia akan menjadi malam yang epik... Itu adalah malam kami. Jadi, sememangnya, dua malam itu penuh emosi," katanya.



Kongsi Amy, dia menitiskan air mata mengenangkan kejayaan konsert itu yang mengumpulkan kira-kira 3,200 peminat pada kedua-dua persembahan.



"Isnin minggu lalu, selepas selesai sahaja konsert itu, saya menangis kegembiraan sepanjang pagi. Saya berkongsi kegembiraan dengan semua yang terbabit dalam acara konsert itu.



"Sepanjang proses merealisasikan konsert itu, macam-macam berlaku. Kotak suara saya luka kerana terlebih latihan. Saya sangat takut sebab pada usia saya ini, ini ambil masa untuk sembuh.



"Kemudian, sebelah telinga saya juga tidak dengar. Saya kena berjumpa doktor untuk periksa. Malah, semua ahli band rasa hendak demam dan tekak seperti berpasir.



"Alhamdulillah, ketika konsert itu, semuanya baik-baik sahaja. Malam itu semua orang beremosi.



"Malam pertama konsert cukup kami nantikan. Semua orang tersenyum di atas pentas. Malam kedua berlangsung dengan baik... Alhamdulillah," katanya.



Amy turut bersyukur konsert yang hanya disiapkan sebulan setengah itu lancar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >