Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Anak Jamal Abdillah perjelas ‘Zaki Yamani’ pembuat kacau bukan dirinya

Jul 03, 2023 | 04:59 PM



KUALA LUMPUR: Gara-gara ciapan berbentuk amaran yang ditujukan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada individu bernama Zaki Yamani berikutan status biadab yang dimuat naik dalam Twitter, tempias terkena kepada penyanyi remaja, Zaki Yamani.


Kesal dengan salah faham yang boleh menjejaskan reputasinya, Zaki, atau nama sebenarnya, Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 17 tahun, menerusi hantaran dalam Instagram Story memberi penjelasan agar tidak ada lagi pihak yang keliru.

“Ramai hantar pesanan langsung untuk tanya, tweet ini apakah ia ditujukan kepada Zaki? Tapi sebenarnya bukan tuju pada Zaki. Tu Zaki Yamani yang lain.


“Nama sahaja sama. Dah jangan tanya lagi okay? Saya tiada buat salah apa pun,” tulis Zaki sambil menyertakan ciapan yang dimuat naik Datuk Anwar pada hujung minggu lalu.


Zaki memaklumkan susulan ciapan dibuat Datuk Anwar, beliau turut terkena tempias apabila ditegur bapanya kerana menyangkakan kenyataan sensasi itu dikeluarkan Zaki.

“Hati-hati buat kenyataan politik, jangan campur politik. Baba dengar Astro Awani pagi ini Perdana Menteri suruh Zaki mohon maaf,” tulis Jamal dalam pesanan yang dihantar kepada Zaki.


Zaki membalas pesanan itu dengan mengatakan:

“Bukan Zakilah, Baba... Zaki Yamani orang lain. Baba pun percaya ke tu Zaki?”

Beliau turut memaparkan tangkap layar pesanan yang dihantar bapanya.

Menerusi perkongsian lain, juara program realiti, Famili Duo musim kedua, itu turut menjelaskan situasi sebenar ketika menjawab pertanyaan pengikutnya.


“Bukan saya uncle. Terkejut saya,” kata penyanyi lagu Percayaku ini.


Sementara itu, Zaki turut meluahkan perasaan terkilan terhadap individu yang membuat hidupnya huru-hara itu.

“Kepada Pak Cik Zaki Yamani, awak dah buat saya kena marah dan huru-harakan nama saya hari ini.

“Siapa nak jawab bila ayah saya sound saya ni?” coretnya.


Terdahulu, Perdana Menteri dalam ciapan Twitter mengarahkan seorang individu memohon maaf atas ciapan berhubung keadaan kesihatan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang merosot dan sedang menerima rawatan di hospital.

Beliau turut menyatakan kekesalan terhadap tindakan individu yang dipercayai penyokong partinya.

Media seberang melaporkan, Tan Sri Abdul Hadi dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan dan pemantauan doktor.

Perkara itu dimaklumkan anaknya, Encik Muhammad Khalil Abdul Hadi, yang turut meminta orang ramai berdoa dan melakukan solat hajat untuk kesembuhan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >