Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anak kedua Eyra Hazali muntah tanpa henti, alami ginjal kering

Jul 8, 2024 | 6:45 PM
Eyra Hazali (kiri) terkejut mendapat tahu anak keduanya, Endra Haqimie, mengalami masalah buah pinggang kering, setelah dikesan muntah tanpa henti.
Eyra Hazali (kiri) terkejut mendapat tahu anak keduanya, Endra Haqimie, mengalami masalah buah pinggang kering, setelah dikesan muntah tanpa henti. - Foto INSTAGRAM EYRA HAZALI

Pelakon Eyra Hazali, 25 tahun, memohon ramai mendoakan anak keduanya, Endra Haqimie, yang tidak berhenti-henti muntah dari 5 Julai lalu.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati buah pinggang Endra, dua tahun, sudah amat kering.

Kata Eyra, yang nama sebenarnya adalah Hazirah Qasdina Hazali, anaknya itu telah ditahan di hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana keadaannya yang lemah susuli muntah teruk itu.

Isteri pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Haziq Nazli, itu berkata beliau sama sekali tidak menyangka anak lelakinya itu disahkan doktor mempunyai masalah buah pinggang kering.

Dalam perkongsian itu yang dilaporkan Berita Harian Malaysia (BHM) juga, Eyra memohon semua pengikut Instagram agar mendoakan semoga anaknya itu segera sembuh.

“Insya-Allah dengan rawatan seterusnya, dia (Endra) akan baik dan sekarang hanya perlu dipantau doktor,” tulisnya.

Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Hayder Qhalish, empat tahun, dan Muhammad Endra Haqimie, dua tahun.

Pada Mei lalu, Eyra berkongsi berita gembira beliau hamil anak ketiga.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg