Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 beradik kritikal selepas termakan keropok beracun di Kedah

Jul 8, 2024 | 1:55 PM
Keropok beracun yang digantung di pagar kebun di sebuah kampung di Kedah untuk memerangkap monyet, telah dimakan dua beradik yang kini kritikal dan dirawat di Hospital Besar Pulau Pinang.
Keropok beracun yang digantung di pagar kebun di sebuah kampung di Kedah untuk memerangkap monyet, telah dimakan dua beradik yang kini kritikal dan dirawat di Hospital Besar Pulau Pinang. - Foto ihsan POLIS DIRAJA MALAYSIA

KULIM (Kedah): Dua beradik lelaki masing-masing berusia dua dan tiga tahun dilaporkan sakit kritikal selepas makan keropok dipercayai mengandungi racun tikus yang mereka ambil tergantung di pagar kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah.

Difahamkan, kebun itu terletak berhampiran rumah kedua-dua beradik terbabit di Kampung Banggol Berangan, Labu Besar.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Azizul Mohd Khairi, berkata kejadian itu disedari ibu mangsa berusia 25 tahun pada 11 pagi, 7 Julai.

“Selepas melihat anaknya muntah-muntah di rumah, ibunya membawa kededua mereka ke Klinik Kesihatan Malau dan kemudian ke Hospital Kulim (HK) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada 8 Julai, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Beliau berkata hasil siasatan mendapati dua beradik itu dipercayai mengambil paket keropok segera yang tergantung pada dawai besi pagar kebun itu yang mengandungi racun bagi tujuan memerangkap monyet.

Katanya, kebun itu dipercayai milik penduduk berhampiran rumah dua beradik itu.

“Kededua mangsa dipercayai membuka dan makan makanan ringan itu. Ibu mangsa kemudian melihat anak mereka muntah dan mulut berbuih di rumah pada 11 pagi,” katanya.

Encik Mohd Azizul berkata pegawai perubatan HK yang merawat mangsa mendapati kededua beradik itu berada dalam keadaan kritikal kemudian merujuk mereka ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap Kanak-Kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis kini sedang mengesan pemilik kebun yang disyaki jiran mangsa untuk membantu siasatan kes itu,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg