Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anak pengarah Rob Reiner didakwa bunuh ibu bapa

Dec 17, 2025 | 12:06 PM
rob reiner, nick reinier, michele reiner, kill, hollywood
Pengarah terkenal, Rob Reiner, dan isterinya, Michele Reiner, ditemui mati dibunuh dengan kejam oleh anak mereka, Nick Reiner, apabila leher mereka dikelar di kediaman mewah bernilai AS$13.5 juta (kira-kira $17 juta) di Los Angeles pada 14 Disember. - Foto GETTY IMAGES

LOS ANGELES: Anak kepada pengarah terkenal, Rob Reiner, Nick Reiner, akan didakwa atas dua pertuduhan membunuh tahap pertama.

Jika disabitkan kesalahan, lelaki berusia 32 tahun itu berdepan hukuman penjara seumur hidup tanpa kemungkinan parol atau hukuman mati, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Dalam sidang media petang 16 Disember, Pendakwa Daerah Los Angeles County, Encik Nathan Hochman, berkata setakat ini belum ada keputusan sama ada pihak pendakwaan akan menuntut hukuman mati.

“Dia turut berdepan dakwaan khas kerana menggunakan senjata berbahaya secara peribadi, iaitu pisau,” katanya.

Pengumuman itu dibuat dua hari selepas ibu bapa Nick, Rob dan isterinya, Michele Reiner, ditemui mati dibunuh dengan kejam apabila leher mereka dikelar di kediaman mewah bernilai AS$13.5 juta (kira-kira $17 juta) di Los Angeles pada 14 Disember.

Nick ditahan pada hari sama, malah rakaman detik penahanannya oleh polis di satu persimpangan sibuk di pusat bandar, kira-kira 15 batu dari rumah keluarga mereka di Brentwood, kini tersebar.

Menurut Timbalan Ketua Polis Los Angeles, Encik Alan Hamilton, Nick ditahan tanpa sebarang insiden pada malam Ahad dan tidak menunjukkan sebarang tanda cuba melawan atau melarikan diri.

Laporan portal hiburan, TMZ, menyatakan Rob, 78 tahun, dilaporkan bertengkar hebat dengan anaknya pada satu majlis Krismas yang dianjurkan pelawak Conan O’Brien, pada 13 Disember, hanya beberapa jam sebelum kejadian pembunuhan itu berlaku.

Kematian pasangan itu disedari oleh seorang lagi anak mereka, Romy Reiner, yang tinggal bertentangan dengan kediaman berkenaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg