Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Anak sasterawan Gani Ahmad mahu teruskan misi ayah

Dec 18, 2022 | 05:30 AM



WALAUPUN sibuk berniaga dan mengendalikan restoran makanan Maghribi, La Fez Bakery & Cafe di East Coast Road, Encik Heikal Gani tetap mewarisi perjuangan bapanya dalam bahasa dan budaya Melayu.



Lantaran itu, beliau ingin meneruskan misi bapanya, seorang pendidik dan sasterawan Singapura Encik Mohammad Gani Ahmad yang lebih dikenali dengan nama pena 'MeGaDoNa' dalam memasyarakatkan bahasa secara santai.



Perbincangan tentang bahasa, sastera dan budaya dalam suasana menghiburkan sambil menjamu selera ingin diusahakannya dalam pelbagai sesi yang turut melibatkan selebriti.



Inilah yang mendorong Encik Heikal, 30-an tahun, untuk mengadakan acara Sesi Intim Bersembang Bersama Ramli Sarip: Rasa | Dengar | Hayati di La Fez pada 28 Disember ini.



Sesi sembang seni dan bahasa mulai 8 malam yang diiringi dengan nyanyian Datuk Ramli dan kupasan lagu-lagunya juga meliputi peluang menjamu selera, membawa pulang cendera hati dan bergambar dengan bintang legenda itu.



Ketika dihubungi Berita Minggu (BM), Encik Heikal berkata:



"Kami mempunyai ramai pelanggan dan tetamu yang terdiri daripada guru dan pendidik Kementerian Pendidikan (MOE).



"Bapa saya, Cikgu Mohammad Gani Ahmad, juga dikenali dalam persada kesusasteraan dan bidang pendidikan di Singapura.



"Sekian lama memang kami merancang mengadakan acara yang menyeronokkan dan santai yang akan melibatkan guru dan tidak terbatas pada kandungan buku teks.



"Apabila kami berhubung dengan penulis lirik dan sasterawan, Cik Hartinah Ahmad dan Datuk Ramli Sarip, kami menyedari ada peluang bekerjasama dalam misi sehala memperjuangkan bahasa," jelas Encik Heikal.



Beliau berharap penghargaan pada bahasa Melayu dan puisi Melayu dalam lagu dapat diperolehi daripada sesi ini.



"Datuk Ramli mempunyai penghargaan mendalam dan dapat menyampaikan isi dan penceritaan emosi atau nadi sesebuah lagu dalam karyanya.



"Lagu-lagunya bukan sahaja dekat dengan golongan sasterawan tetapi pengguna bahasa Melayu secara meluas.



"Kami di La Fez berharap lebih ramai pendidik akan meraih inspirasi untuk mengajar bahasa Melayu kepada pelajar mereka dalam cara yang berbeza dan menarik selepas menghadiri sesi ini," jelasnya.



Menurutnya, pihaknya teruja mengetengahkan Ramli yang dikenali bukan sahaja di Singapura tetapi daerah Nusantara dalam sesi sembang santai ini.



"Kami sudah pun mempunyai nama-nama tokoh lain yang kami tahu dapat membawa banyak nilai kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu serta memberi manfaat bersama buat masyarakat Melayu secara umum," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >