Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anna Jobling reka koleksi baju Raya kucing

Kucing oh kucing!
Mar 11, 2024 | 5:30 AM
Pelakon Anna Jobling memang dikenali sebagai pencinta kucing dan akan menghasilkan baju kucing menjelang Aidilfitri ini. Gambar menunjukkan beliau dan kucingnya.
Pelakon Anna Jobling memang dikenali sebagai pencinta kucing dan akan menghasilkan baju kucing menjelang Aidilfitri ini. Gambar menunjukkan beliau dan kucingnya. - Foto INSTAGRAM ANNA JOBLING

Adakalanya, penggemar kucing biasanya mahu mendandan kucing kesayangan mereka.

Bagi pelakon Malaysia yang juga pencinta kucing, Anna Jobling, 24 tahun, beliau bersyukur diberi peluang mencurah kreativiti dalam proses rekaan koleksi baju Raya untuk haiwan peliharaan itu sempena sambutan Aidilfitri menjelang April, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Anna atau nama sebenar, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, berbesar hati diberi kepercayaan terbabit secara langsung dalam proses rekaan, pemilihan warna dan fabrik koleksi baju raya untuk jenama pakaian kucing tempatan.

“Semua orang tahu saya sangat sayangkan kucing. Saya selalu inginkan yang terbaik untuk kucing-kucing saya.

“Justeru, saya berbesar hati dalam penghasilan koleksi baju Raya kucing tahun ini (2024) yang membawa lapan pilihan warna segar dan menarik.

“Kali ini, saya terbabit dalam rekaan baju Melayu, baju kurung dan kebaya yang dihasilkan untuk kucing,” katanya dalam sidang media yang memperkenalkan koleksi baju Raya kucing 2024 keluaran, DD Cat di Coo & Riki Lalaport, Kuala Lumpur, pada 4 Mac.

Aktres berdarah kacukan Melayu-Inggeris-Portugis itu bersyukur koleksi yang dikeluarkan mulai 2023 mendapat sambutan, bukan sahaja di Malaysia, malah Brunei dan Singapura.

“Tahun lalu (2023), sebanyak 15,000 helai koleksi baju Raya kucing terjual bukan sahaja di Malaysia, malah Singapura dan Brunei.

“Didorong sambutan luar biasa untuk Aidilfitri kelak, saya terbabit dalam proses penghasilan 25,000 helai baju Raya kucing,” katanya yang dilantik sebagai jurucakap jenama pakaian kucing berkenaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg