Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anna Jobling jadi ‘Gempak Most Wanted’ kerana akrab dengan peminat

Feb 27, 2024 | 3:23 PM
Anna Jobling menarik perhatian peminat dengan undian 1.5 juta yang sekali gus menempatkan dirinya sebagai pemenang ‘Anugerah Gempak Most Wanted 2023’.
Anna Jobling menarik perhatian peminat dengan undian 1.5 juta yang sekali gus menempatkan dirinya sebagai pemenang ‘Anugerah Gempak Most Wanted 2023’. - Foto INSTAGRAM ANNA JOBLING

Hubungan dengan peminat tidak diabaikan pelakon kecukan jelita Malaysia, Anna Jobling.

Ia bukan setakat jalinan antara artis dengan penyokong sebab ia lebih daripada itu, jelas Anna, yang baru-baru ini menerima ‘Anugerah Gempak Most Wanted 2023’ pada majlis penyampaian ‘Gempak Most Wanted Awards’ yang berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya pada 25 Februari.

Anugerah pemberian Astro itu disampaikan berdasarkan undian tertinggi daripada peminat yang Anna, raih berbanding artis lain.

Anna, 23 tahun, menerima lebih 1.5 juta undian sejak talian undian dibuka pada 17 Januari bagi kategori, ‘Top 5 Gempak Most Wanted’.

Beliau juga memenangi ‘Anugerah Selebriti Digital Tergempak’ dan ‘Anugerah Sunsilk Rambut Boom’ pada majlis yang sama.

Drama yang menaikkan namanya, Melur Untuk Firdaus 2, turut dipilih sebagai ‘Drama Tergempak’.

Musim pertama drama itu pernah memenangi kategori ‘Drama Tergempak 2022’.

Ketika ditemui laman web, Astro Gempak, Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling, berkata:

“Saya sangat rapat dengan peminat dan saya anggap mereka lebih daripada keluarga.

“Dengan peminat, saya selalu keluar makan bersama dan sering membalas pesanan yang mereka kirimkan melalui pesanan langsung ke media sosial atau DM.

“Saya hargai sokongan mereka. Sebagai contoh, kalau mereka undi saya dan muat naik ke Instagram Story dan ‘tag’ saya, saya akan muat naik hantaran mereka itu di Instagram saya.”

Peserta Dewi Remaja 2018/2019 itu diminati ramai termasuk penonton di Indonesia. Bahkan, beliau pernah menjayakan klip video diva Indonesia, Datuk Seri Rossa, Bertengkar Manis.

Semoga sampai bila-bila pun Anna akan terus akrab dengan anggota dalam kelab peminatnya dan mereka yang mengikuti perkembangannya walaupun beliau di puncak jaya.

Tak nak nanti macam sesetengah artis yang tidak memandang usaha peminat apabila sudah terkenal dan menganggap diri pelakon mapan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg