Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Annie Lennox belum bersara, hanya perlahan kegiatan

Sep 12, 2023 | 3:40 PM
PILIH ACARA: Pada usia 68 tahun, Annie Lennox akur tidak dapat memberi komitmen pada konsert jelajah yang makan puluhan hari di rantauan. Sebaliknya, beliau senang dengan membuat persembahan di acara kemasyarakatan dan kebajikan.
PILIH ACARA: Pada usia 68 tahun, Annie Lennox akur tidak dapat memberi komitmen pada konsert jelajah yang makan puluhan hari di rantauan. Sebaliknya, beliau senang dengan membuat persembahan di acara kemasyarakatan dan kebajikan. - Foto INSTAGRAM ANNIE LENNOX

Penyanyi kumpulan terkenal era 1980-an Eurythmics, Annie Lennox, menjelaskan beliau belum bersedia menggantung mikrofon.

Ini meskipun rakannya dalam kumpulan itu, Dave Stewart, menjelaskan dalam satu hantaran media sosial bahawa Lennox tidak akan mengikuti kumpulan itu menjelajah bagi konsert di serata Amerika Syarikat atau di luar Amerika lagi.

Stewart, 71 tahun, memberitahu ramai bahawa Lennox tidak akan berada di sisinya bagi konsert jelajah musim gugur bagi meraikan ulang tahun lagu popular mereka, Sweet Dreams, yang ke-40.

Bagaimanapun, Lennox memberitahu agensi berita bahawa beliau masih terus menyanyi di acara yang menyokong kerja kemasyarakatan yang beliau cenderung lakukan di samping projek tidak mengaut untung.

“Saya bukannya bersara. Saya cuma perlahankan penglibatan saya khususnya dalam konsert jelajah yang makan masa atau tenaga. Saya sudah berdekad lamanya merantau bersama band ini. Pada usia 68 tahun kini, saya sangat bertuah kerana masih mampu hadir dalam persembahan yang tidak memerlukan saya lama di pentas. Sekali-sekala bolehlah.

“Tapi, kalau terlibat dalam konsert jelajah dengan komitmen menyanyi selama 73 hari setiap malam dan mengembara, ia agak memenatkan saya dan menuntut banyak jiwa raga saya,” tambahnya.

Sebaliknya, Lennox merancang membuat persembahan kemasyarakatan seperti Time For Change untuk mengumpul dana bagi inisiatif beberapa badan tidak mengaut untung seperti Rotary International yang mengadakan projek menangani masalah pesakit polio, End Polio Now.

Lennox akan membuat persembahan di Colosseum di Rome pada Ahad ini sebagai satu sumbangan projek kemasyarakatan. Anggota Lembaga Pengarah Rotary International, Encik Alberto Cecchini, menjelaskan Lennox adalah pilihan tepat bagi acara itu kerana muzik dan komitmennya untuk menamatkan derita pesakit polio.

“Kita dikelilingi keindahan alam semesta didorong oleh seni dan sejarah di Italy ini. Semua keindahan ini mempunyai kuasa mencetus inspirasi kepada ramai,” tambah Encik Cecchini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg