Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Antara 'Salam Terakhir' dan misi tebus kalah lalu finalis Anugerah 2021

Dua individu, dua band berentap di peringkat akhir malam ini
Apr 09, 2021 | 05:30 AM



VOKALIS band O.M.A, Abdul Thaqif Bani, masih ingat lagu Salam Terakhir dendangan asal Allahyarham Sudirman yang membawa tuah buatnya hingga menjuarai sebuah pertandingan adu bakat cilik lebih dua dekad lalu.



Malam ini, Thaqif, 29 tahun, akan mempertaruh lagu cukup bermakna buatnya itu dalam peringkat akhir Anugerah 2021 di Studio 1, Mediacorp Campus.



Dalam satu wawancara Zoom bersama Berita Harian Thaqif berkata:



"Saya masih ingat detik pertama saya berkecimpung dalam bidang seni dan menjuarai peraduan adu bakat cilik dengan lagu Salam Terakhir.



"Kerana itu lagu syahdu dan ikonik Sudirman ini saya jadikan lagu pilihan O.M.A bagi penutup tirai Anugerah 2021. Mungkin ini kali terakhir saya terlibat dalam sebarang pertandingan.



"Kalau ditanya dari segi makna dan impak lagu ini pada saya, pada awalnya ia setakat sebuah lagu sedih yang saya sukai. Hanya setelah arwah bapa saya meninggal dunia beberapa tahun lalu barulah maksud lagu ini dapat saya hadam dan hayati sepenuhnya... betapa peritnya satu perpisahan."



O.M.A, yang turut dianggotai Ho Zhi Ren, Anson Koh, Sures Ravindran dan Chia Chong Yu, akan juga menyanyikan lagu Datuk Sheila Majid, Sinaran, sebagai lagu pilihan pengadil.



Ditanya apakah perasaan rakan-rakannya menyertai adu bakat Melayu tanpa memahami sepenuhnya bahasa lagu yang disampaikan, sambil tertawa Thaqif berkata:



"Rasanya mereka lebih seronok daripada saya. Selain memberi pengalaman baru dalam pentas saingan, ia kegiatan pengisi masa sewaktu Covid-19, apabila tugasan main muzik malam kami terjejas pada waktu itu.



"Mereka pun sukakan pelbagai sajian Melayu yang dihidangkan setiap minggu sewaktu latihan dan sebelum kami masuk ke gelanggang pertandingan."



Selain O.M.A, tiga finalis lain ialah Ace Iskandar, Raliff Ismail dan band Saát.



Raliff, 29 tahun, seorang pereka grafik yang tersingkir pada peringkat awal tetapi dikembalikan di peringkat akhir atas permintaan sebilangan besar penonton dan mengikut markah pengadil.



Menariknya, Raliff dan Ace pernah menyertai Anugerah sedekad lalu dan berasa tahun ini tempoh bagi mereka mencuba nasib sekali lagi dan menebus kekalahan lalu.



Raliff, yang memilih lagu Rahimah Rahim Cabaran Cinta kerana berasa ia benar-benar menggambarkan cabaran dan putaran roda dalam bidang seninya, berkata:



"Mungkin 10 tahun lalu saya belum matang. Suara pun belum mantap. Tapi tahun ini saya pastikan saya benar-benar bersedia.



"Tapi, saya berpegang pada rezeki. Apabila terkeluar daripada peraduan ini pada pusingan sebelum ini, saya tidak terlalu putus asa. Kecewa sedikit tetapi setelah itu tidak fikirkan sangat mengenai perkara itu.



"Saya berterima kasih kepada penonton yang mengundi saya dan benar-benar ingin lihat saya ke pusingan akhir."



Ace, 35 tahun, seorang pegawai operasi pentadbiran, yang sampai ke peringkat separuh akhir Anugerah sedekad lalu, pula berkata:



"Tekanan terasa sebab ada orang tahu saya pernah menyertai Anugerah sebelum ini. Pastinya pengadil menjangka lebih daripada saya.



"Dalam menyampaikan lagu di setiap pusingan, saya pastikan lagu itu kedengaran berbeza daripada lagu asal agar identiti tersendiri dapat diketengahkan.



"Masih ingat lagi pengalaman dahulu menggunakan lagu minus-one sebagai iringan. Kali ini, ada band Anugerah mengiringi persembahan saya. Itulah perbezaan ketara."



Beliau akan menyanyikan lagu hip hop Bangun bagi menunjukkan ciri serba bolehnya.



Gitaris band Saát, Aminurrashid Othman, 36 tahun, pula berkata: "Misi kami dalam menyertai Anugerah 2021 ialah memberi nafas baru pada persada muzik di Singapura.



"Kami ingin mendedahkan penonton kepada lebih banyak genre. Kalau kita lihat industri muzik di Malaysia dan Indonesia, kedua-duanya telah melalui evolusi pesat dan berkembang maju.



"Sayangnya di sini, maaf cakap, kita masih jauh ketinggalan. Ia adalah satu proses perlahan dan memerlukan masa buat orang ramai menerima.



"Apabila kami mengubah banyak lagu sedia ada, kami pun tak jangka orang akan terus suka. Kami tak kecil hati dan faham semua ini perlukan masa dan perjuangan gigih."



Anugerah 2021 akan disiarkan pada 8.30 malam ini di saluran Suria dan meWATCH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >