Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Antara tempat menarik di Bangkok

Sep 10, 2023 | 05:31 AM



Terdapat banyak tempat menarik di dunia yang menjadi malap semasa pandemik mula kembali segar, termasuk Bangkok.

Dikenali sebagai antara bandar paling popular di Asia Tenggara, Bangkok di Thailand, mempunyai banyak tarikan yang ditawarkan, sama ada warisan budaya, makanan jalanan yang terkenal, atau daerah beli-belah popular.

Ini adalah antara tempat-tempat baru yang boleh pelancong kunjungi:

Mahanakhon Skywalk







Mahanakhon Skywalk, bangunan pencakar langit 78 tingkat di kawasan Silom, menawarkan pemandangan Bangkok yang menakjubkan.

Tarikan utama ‘Skywalk’ adalah kawasan yang berlantai kaca jelas, bagi pengunjung berdiri di atas dan mengalami ketinggian 78 tingkat itu, ibarat berjalan di udara.

Antara lain, dengan ketinggian dan kedudukan baik dan lokasi yang strategik, Mahanakhon Skywalk menawarkan pengunjung pemandangan panorama indah ketika matahari terbenam di Bangkok.

Bangunan ini terletak berdekatan Stesen BTS Chong Nonsi.

Jodd Fairs DanNeramit







Disambut masuk dengan sebuah istana, pengunjung dapat mengambil gambar dan meneroka istana dua tingkat itu.

Jodd Fairs DanNeramit adalah antara pasar malam baru di Lat Phrao. Dengan kawasan yang luas, ia mempunyai lebih banyak tempat trendy untuk bergaya dan santai.


Terdapat juga pelbagai makanan jalanan namun hanya dua sahaja yang halal di tempat baru itu, yang menjual mi dan roti.

Pasar itu dibuka dari 4 petang hingga 12 tengah malam setiap hari. MRT terdekat adalah Stesen Phahon Yothin dan stesen BTS ke Ha Yaek Lat Phrao.

Jodd Fairs Rama 9







Jangan keliru dengan nama yang sama, tetapi terdapat dua bazar Jodd Fairs dan yang ini dipanggil Rama 9.

Jodd Fairs Rama 9 merupakan salah sebuah pasar malam terkenal di Bangkok. Ia adalah tempat yang hebat jika anda ingin menikmati suasana makanan jalanan yang meriah dan menikmati makanan dan minuman yang lazat.

Pasar itu dibuka dari 4 petang hingga 12 tengah malam setiap hari. Ia terletak di kawasan kejiranan Rama 9, yang mempunyai stesen MRT Rama 9.

Go-kart elektronik







Lumba bersama rakan atau keluarga dalam kegiatan go-kart elektronik (e-gokart).

Trek Bangkok E-Gokart merupakan kegiatan menyeronokkan bagi kanak-kanak dan dewasa. Kelajuan boleh dipilih mengikuti keselesaan pemandu.

Anda juga boleh berlumba dengan rakan-rakan atau menjadikan ia satu permainan keluarga.

Trek itu terletak di Banthat Thong Road. Stesen MRT paling dekat ialah stesen MRT Hua Lamphong dan stesen BTS Sala Daeng.

‘Onsen’ dan spa

Jika anda mencari tempat untuk merehatkan minda, Let’s Relax Onsen and Spa di Thonglor adalah pilihan yang baik.


Ia merupakan antara ‘onsen’ (tempat berendam inspirasi daripada orang Jepun) terbaik di Bangkok.

Perkhidmatan ini luar biasa, begitu juga dengan dekornya. Anda boleh berehat sambil menyegarkan tenaga untuk kegiatan seterusnya.

Terdapat banyak tarikan dan tempat baru di Bangkok yang boleh dikunjungi. Ini adalah antara tempat menarik yang terletak berdekatan dengan pengangkutan awam untuk kemudahan pengunjung.

Bangkok mempunyai daya tarikan tersendiri, menawarkan pengunjung pelbagai cita rasa dan pengalaman indah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >