Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Anuar Zain dedah ada penipu menyamar sebagai dirinya

Apr 15, 2024 | 07:02 PM



Penyanyi Anuar Zain memberi amaran kepada peminatnya supaya tidak terpedaya dengan pihak yang menyamar sebagai dirinya dalam talian.

Anuar, melalui pasukan pengurusannya, mengingatkan peminatnya, sekiranya mereka mendapat tahu tentang akaun yang mencetuskan keraguan di media sosial atau aplikasi lain, ia harus dilaporkan dengan segera kepada pihak berkuasa, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Menurut akhbar Kosmo!, individu terbabit didapati melakukan tipu helah dengan menghubungi mangsa menerusi mesej dalam aplikasi WhatsApp bagi mendapatkan wang secara mudah.

”Hati-hati dengan ‘scammer’ (penipu) yang muncul dengan pelbagai cara.

“Pastikan anda tidak terpedaya dengan ‘scammer’ terutamanya yang membabitkan wang ringgit!

“Kami (pasukan pengurusan) mahu menekankan bahawa Anuar Zain tidak mempunyai akaun FB (Facebook), IG (Instagram), Telegram, Twitter, selain daripada @anuarzainnetwork di Facebook, @anuarzainnetwork dan @anuarzain70 di Instagram, @anuarzainnetwork di TikTok dan di Telegram, https://t.me/anuarzainnetwork.


“Kepada mereka yang menjadi mangsa kepada penipu aktif, anda dinasihatkan agar terus membuat laporan polis, blok dan laporkan nombor itu secepat mungkin,” tulis Anuar dalam hantaran di Instagram.

Sementara itu, Anuar turut melahirkan rasa bersyukur kepada mereka yang telah melaporkan kes penyemaran itu kepada pasukan pengurusannya.

“Terima kasih kepada mereka yang bertindak cepat dengan menghubungi pihak pengurusan sebelum menjadi mangsa penipu,” kata penyanyi lagu, Andainya Takdir.


Melalui hantaran yang sama, adik kepada penyanyi Ziana Zain itu turut berkongsi tangkap layar mesej yang memaparkan perbualan penjenayah siber terbabit dengan mangsa yang dikirimkan kepadanya.

Menerusi paparan perkongsian itu, penyamar menggunakan taktik memujuk mangsa konon mengenalinya sebagai peminat sebelum menukar strategi cubaan mendapatkan duit.

Anuar merupakan antara artis popular di Malaysia yang terjerat dalam penipuan ‘scammer’.

Pada awal Januari, laman web, scootdotmy melaporkan bahawa penyanyi Datuk Siti Nurhaliza akan cuba mengambil tindakan terhadap ‘Scammer AI’ yang telah menggunakan wajah dan suaranya untuk mengumpan dan menjerat mangsa (pembeli).

Siti berkata tindakan berkenaan adalah bagi memberikan pengajaran kepada pihak berkenaan yang menggunakan Al untuk mengumpan dan menjerat mangsa.

Menurut rencana di laman web, HibGlam, selain Siti, pelakon dan penyanyi, Naim Daniel, mendedahkan seorang peminat kerugian sejumlah wang selepas diperdayakan ‘scammer’ yang menyamar menggunakan identitinya pada Februari.

Kata Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin itu, kes penipuan membabitkan penganjuran sesi bertemu peminat dilakukan pihak tertentu itu berlaku sekitar tiga tahun lalu.

“Saya dihubungi peminat yang minta pengesahan mengenai majlis yang didakwa membabitkan sesi bersama saya, susulan penganjur tidak memberi perincian acara selepas bayaran dibuat.

“Mujur dia tidak tunggu sehingga tarikh kononnya acara itu dan saya yakin ada lagi mangsa lain yang terjerat sama,” katanya.

Menurut Naim, kes berkenaan membuatkannya semakin peka dengan modus operasi penyamar, sekali gus mengingatkan peminat agar berjaga-jaga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >