Anugerah Gastronomi HalalTrip, yang meraikan kecemerlangan dalam dunia makanan halal di Singapura, buat julung-julung kalinya diadakan pada 5 Jun di Village Hotel Bugis.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas CrescentRating dan HalalTrip, Encik Fazal Bahardeen, berkata beliau bersyukur dapat meraikan kejayaan bersejarah dalam evolusi santapan halal.