Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

APA HAMBATAN 2 JUARA LONTAR SUARA?

Pita suara Nana terjejas selepas jangkitan Covid-19
Nov 12, 2023 | 05:30 PM



Buat beberapa kali sejak terlibat dalam peraduan realiti All Stars Gegar Vaganza (ASGV), juara GV (Musim Kedua), Siti Nordiana Alias, meminta maaf kepada peminat dan penyokongnya kerana gagal memberi persembahan terbaik yang memenuhi cita rasa juri.


Siti Nordiana, 38 tahun, enggan memberi alasan mengapa prestasinya dalam persembahan di pentas gah peraduan realiti itu turun naik dan tidak konsisten malahan dikecam warganet ibarat menyanyi karaoke di hadapan keluarga dan sahabat handai.

Namun, beliau yang membahasakan dirinya sebagai Nana atau Mader secara jujur menjelaskan vokalnya banyak terjejas selepas dilanda jangkitan Covid-19 sebanyak tiga kali.

Beliau yang mengeluarkan lagu Arah Cinta malahan perlu bergantung pada ubat dan latihan vokal untuk tidak memberi tekanan pada pita suaranya.


Pelantun lagu duet, Gurauan Berkasih dan Memori Berkasih (didendangkan bersama Allahyarham Achik Spin) itu akur perlu cergas terlibat dalam kegiatan riadah untuk membangun staminanya.


Beliau mengurangkan penglibatan dalam persembahan ‘live’ atau program televisyen sebelum terlibat dalam ASGV demi menjaga suaranya walaupun masih terima undangan ke majlis makan malam korporat dan karnival.

Sesuatu yang positif tentang ibu tunggal seorang anak remaja itu adalah tekadnya untuk terus berjuang dalam bidang seni suara meskipun pernah dikecam kerana tidak dapat menyanyi dengan baik lagu, Angkara, ketika bertanding untuk Anugerah Juara Lagu (AJL) pada 2022.


“Saya rasa sedih kerana peminat menaruh harapan besar buat saya bagi AJL dan kini ASGV. Saya enggan mengecewakan mereka.

“Tapi saya taklah menyimpan rasa marah atau dendam terhadap warganet yang mengkritik persembahan saya.

“Saya akan jadikan setiap kritikan itu sebagai pembakar semangat untuk saya cuba yang lebih baik lagi,” jelasnya dalam satu sidang media ASGV yang disiarkan secara ‘live’ di YouTube.

Pada konsert minggu ketujuh Ahad lalu, Siti Nordiana menunjukkan yang beliau tidak mudah ‘mati dikeji’, bahkan perlahan-lahan membina keupayaannya untuk menambah baik prestasi persembahannya sehingga berada dalam kalangan ‘Lima Peserta Terbaik Minggu Ketujuh’ ASGV.

Lagu yang dipertaruhkan adalah lagu dendangan idolanya Ziana Zain, Tiada Kepastian.


Yang pasti, juri suka dengan persembahannya dan memberinya markah 67 peratus di tangga kelima. Dari segi kedudukan, beliau berjaya menaiki tiga tangga daripada tempat kelapan dengan markah 67.75 peratus pada minggu keenam.

Ketua Juri, Datuk Ramli MS, juga mengiktiraf wujud peningkatan pada persembahan Siti Nordiana, di mana dikesan kurang suara sumbangnya kali ini. Ia berbanding dengan situasinya yang berada di bawah dalam kalangan peserta sebelum ini.

Bagaimanapun, sebagai memberi cabaran dan sekali gus kejutan buat Siti Nordiana, Ramli memberinya lagu Inggeris dendangan Britney Spears, Baby One More Time... sebagai tugasan minggu kelapan.


Ini meskipun Ramli tahu bintang yang selalu diusik pengacara Jihan Muse sebagai ‘si gadis desa’ itu lebih selesa menyanyikan lagu Melayu.

Kata Nana tentang pilihan Ramli untuk pusingan bertema ‘Lagu Fun-fair Tok Ram’:


“Saya terkejut dapat lagu tu. Tapi apabila dapat tahu ini Tok Ram yang beri, saya dah agak macam tu. Sebab kebiasaannya, dah banyak kali kalau Tok Ram berbual bahasa Inggeris, Nana tak faham dan minta dia berbual bahasa Melayu.

“Bukanlah semua perkataan tak faham tetapi secara umum dah banyak kali saya minta dia cakap Melayu.”

Menurutnya, lagu Spears tidak asing dan pernah dinyanyikan di sesi karaoke tetapi pastinya terasa kekok kerana perlu fikirkan soal pergerakan dan sebutan lagu tersebut memandangkan ia merupakan lagu yang agak nakal.

“Nana akan perlu tonton banyak video Britney Spears dan bagaimana dia sampaikan lagu itu. Persediaan saya mestilah untuk pastikan stamina nak kuat dan saya harus ke depan. Sedangkan Nana perlu nyanyi lagu Ayda Jebat, Temberang, dah susah. Apakan pula lagu Britney yang lebih nakal takrifannya?


“Tapi Nana jamin, persembahan ini kelak lebih menghiburkan. Nana nak ubah pentas di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu kembali seperti era 1990-an. Doakan Nana ya?” kongsinya.

Apakah ‘taring’ Siti Nordiana mula kelihatan dengan prestasi yang menampakkan peningkatan pada minggu ketujuh?

“Syukur kedudukan naik beberapa tangga tetapi masih bergelut dengan mencari irama lagu, Tiada Kepastian, itu. Saya hanya minta anda terus mendoakan saya,” tambahnya.


Sementara itu, sesetengah warganet juga tertanya-tanya apakah kes tuntutan saman fitnah di mahkamah membabitkan Siti Nordiana dan lima sekawan (termasuk penyanyi seangkatan, Lan Solo dan Syura Badron) yang dikatakan menyebar fitnah tentangnya membuat jiwa dan mindanya tertekan sehingga menjejas persembahan di ASGV?

Menurutnya dalam satu laporan awal, perkara itu sedikit sebanyak menggugat emosinya. Beliau kerap berkunjung ke masjid lebih daripada biasa bagi menenangkan fikiran tetapi tidak sampai berjumpa pakar psikologi.

Kes itu juga menjejas rezeki Nana apabila undangan menjadi duta beberapa produk tidak dapat diteruskan. Perbicaraan akan disambung pada 24 November.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >