Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

PREVIU ALL STARS GEGAR VAGANZA

Siapa bakal tersingkir dalam pusingan lagu ‘Misteri’?

Oct 22, 2023 | 05:30 AM



Debaran penonton program realiti All Stars Gegar Vaganza kian memuncak apabila masuk konsert minggu kelima dengan tema ‘Misteri’ pada Ahad malam.


Selepas penyingkiran bintang legenda dan pelantun lagu Janji Manismu, Datuk Wan Aishah Wan Ariffin, pada konsert minggu keempat Ahad lalu yang penuh dengan kontroversi dek reaksi yang beliau beri, tanda tanya bermain di fikiran peminat tegar rancangan Astro Ria – “Giliran siapa pula tersingkir selepas ini?” Macam main ‘tikam-tikam’ pula. Tengok siapa yang menang...


Kalau mengikut prestasi yang nampaknya tidak banyak bergerak dan masih di tangga bawah pertandingan, sebilangan warganet meramalkan Siti Nordiana dan Zamani bakal keluar malam ini meskipun saya pula merasakan dek lautan peminat mereka berdua, mungkin salah satunya atau kededuanya akan terus dikekalkan buat masa ini. Bukan apa, takut peminat ‘riot’ walaupun yang bukan peminat akan kata, ‘suara gitu-gitu sahaja, bagaimana boleh terus bertahan?’


Bahkan, ramai juga peminat dari Singapura yang bingit apabila Zamani mampu menewaskan Hady Mirza pada konsert minggu keempat yang menampilkan gandingan duet. Zamani yang berduet dengan Datuk Jamal Abdillah di tangga ke-11 dengan markah 61.5 peratus manakala Hady yang berpadu suara dengan Marsha Milan berada di tangga ke-12 dengan markah 60.25 peratus.

“Macam mana ni Hady boleh kalah dengan Zamani?” bentak hati seorang teman yang memang minat ‘setia gila’ dengan juara Asian Idol, Singapore Idol (Musim Kedua) dan Gegar Vaganza 6 (GV6) itu.


Bagi saya, memang segalanya bergantung pada rezeki. Kalau memang sudah tertulis peserta itu menang, layaklah beliau mara. Kalau tersurat rezekinya sampai di situ sahaja, alamat hendak tak hendak, terpaksalah beredar daripada pentas pertandingan.

Siti Nordiana, 38 tahun, atau mesra dipanggil Nana atau ‘Mader’ dalam kalangan peminatnya, dikatakan ibarat menyanyi karaoke dengan juri Hetty Koes Endang berkata beliau telah melakukan kesilapan ‘fatal’ atau ‘penamat riwayat’ pada persembahannya.


Saya tidak pasti jika penampilannya pada Ahad malam menerusi lagu Noraniza Idris, Ngajat Tampi, akan berhasil meningkatkan lagi kedudukannya pada minggu kelima. Mungkin kerana beliau pernah merakam lagu irama tradisional sebelum ini, ia boleh dijadikan kelebihan untuk tampilkan kelainan.


Bagaimanapun, berbanding juara lain seperti Jaclyn Victor dan Liza Hanim yang memiliki suara ‘powerhouse’ dan boleh tarik suara pada nada tinggi, suara Siti Nordiana kedengaran lembut sahaja dan kurang stamina sebagaimana yang dimiliki Jaclyn dan Liza. Beliau akur sejak dilanda Covid-19 berkali-kali, mutu vokalnya agak terjejas.

Dibandingkan dengan Noryn Aziz pula, guru vokal itu mempunyai gaya ‘classy’ yang tersendiri. Namun, ini juga tidak bererti ‘si gadis desa’ (gelaran buat Siti Nordiana) tidak mampu menyerlah dalam peraduan. Kekurangan lebih pada kekuatan vokal yang kedengaran tandus.

Zamani pula memang mempunyai ramai peminat yang ‘suka gila’ dengannya sehingga menyifatkan suaranya itu boleh menyanyikan apa jua genre lagu yang diberi. Saya dapat lihat sejak beliau bertanding dalam musim kelima lagi, peminatnya akan ‘riot’ apabila beliau diberi penilaian rendah meskipun pada ketika itu, kadangkala suaranya tak keluar sebab keadaan kesihatannya yang merudum.


Yang bukan peminat, biasalah...tertanya-tanya dan mengecam bagaimana Zamani boleh terus bertahan sampai peringkat akhir? Demi ‘rating’ (sebab peminatnya ramai) atau markah simpati dan kasihan pengadil.


Mujurlah, dalam musim kali ini, suaranya lebih baik daripada dahulu. Apabila menyanyi dengan Jamal bagi lagu Aku Penghibur, terhiburlah juga penonton kerana karisma Jamal yang luar biasa apabila berada di pentas beralih tenaga, membangkitkan semangat Zamani. Zamani bakal menyanyikan lagu Faizal Tahir, Mahakarya Cinta, bagi konsert minggu kelima. Mungkin lagu besar ini dapat membantu menambah gah atau memberi risiko buat persembahannya? Apa-apa sahaja boleh terjadi.


Ada juga yang merasakan Ayai Illusi yang menunjukkan ‘taring’ apabila mendendangkan penuh semangat bersama ‘sifu’ Datuk M. Nasir lagu Raikan Cinta boleh terkeluar apabila terbiar solo lagi pada minggu kelima ini. Tapi melihat pada lagu Pusara Di Lebuhraya, dendangan asal kumpulan Ekamatra, saya rasa Ayai terus terselamat ke minggu keenam kerana ini juga bak lagu ‘makanannya’. Saya dapat membayangkan penyanyi lagu Puisi Cinta ini dapat membawa lagu ini dengan baik berbekal ‘feel’ rok dan suara serak-serak basahnya.


Kalau dilihat daripada senarai lagu bagi konsert minggu kelima, saya dapat ramalkan prestasi meningkat buat Noryn bagi lagu Asmara nyanyian asal Anneke Gronloh; Hady untuk lagu rok Wings, Biru Mata Hitamku; Azharina Azhar bagi lagu Jeslina Hashim, Ku Intai Cinta Dalam Rahsia dan Liza Hanim yang bakal menyanyikan lagu Marsha Milan, Kembali Terang.


Bagai terngiang-ngiang di telinga mereka mendendangkan dengan lunak lagu-lagu yang sudah diamanahkan bagi konsert minggu kelima ini. Cuma apa yang saya harapkan adalah kreativiti persembahan yang saya lihat kurang dititikberatkan pula dalam pertandingan antara juara dan finalis terpilih.

Walau apa pun, yang tidak dapat mara ke pusingan selanjutnya diharapkan tidak merajuk, bertenang dan tidak pula cepat melatah ekoran penyingkiran mereka. Saya senang dengan cara penyanyi bukan Melayu, Suki Low, mengundur diri awal-awal lagi dalam pertandingan walaupun ramai belum puas tonton kreativiti Suki di pentas All Stars Gegar Vaganza.


“Saya okey sahaja. Dah bukan rezeki. Mungkin ada silap yang saya tak perasan dan juri nampak pada persembahan saya. Tak mengapa,” katanya penuh kerendahan hati.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran di Astro Ria (Saluran 608, Singtel TV) mulai 9 malam Ahad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >