Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Apa kata...

Jul 3, 2023 | 5:30 AM
PENGARAH JAMES MANGOLD
PENGARAH JAMES MANGOLD - Foto AFP
PELAKON HARRISON FORD
PELAKON HARRISON FORD - Foto AFP
PELAKON PHOEBE WALLER-BRIDGE
PELAKON PHOEBE WALLER-BRIDGE - Foto AFP

“Matlamat babak pembukaan filem Indiana Jones and The Dial of Destiny adalah untuk memberikan penonton gambaran tentang wajah Indy (Indiana Jones) yang klasik pada zaman gemilang Harrison Ford. Pastinya ramai peminat merindui wajah Harrison yang tampan dan muda belia.

“Seronok bukan untuk paparkan kembara Indy di tengah Perang Dunia Kedua dengan si baik menentang si jahat. Tapi dengan proses menggunakan teknologi digital untuk ‘memudakan’ wajah Harrison, saya bukan mengharapkan trend baru menggunakan artis mapan untuk watak orang muda muncul sehingga melenyapkan proses menjana bakat baru.” - Pengarah James Mangold

“Saya fikir kita terlalu ramai wira biasa-biasa sahaja di luar sana. Mereka tidak muncul di dalam filem setiap masa. Bagi saya, saya lebih rela jadi pakar arkeologi atau pakar bedah jantung mahupun bawa watak Presiden Amerika Syarikat yang terjebak dalam masalah dan mahu mengatasinya. Bukan jadi adiwira.” - Peneraju watak Indiana Jones, Harrison Ford

“Saya di sini bukan untuk menggantikan Indiana Jones. Tapi saya benar-benar dapat menyerap dalam watak ini. Bukankah watak Indy ini menggambarkan seseorang yang banyak silap, wira yang sebenarnya belum bersedia menjadi orang yang disanjung serta profesor yang takutkan ular dan selalu sakit-sakit apabila ditumbuk wajahnya? Jadi apa salah kalau kita perkenalkan watak Helena Shaw, wanita yang agak huru-hara, tak kira kalau wajahnya lebam dan berjalan tempang selepas dibelasah musuh?” - Pelakon yang membawa watak anak angkat Indiana Jones, Helena Shaw, Phoebe Waller-Bridge

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg