Berikut adalah kata-kata generasi muda yang aktif bergiat dalam bidang seni mengenai M. Saffri A. Manaf, dan pengajaran yang mereka raih daripada beliau:
“
“Cikgu Saffri merupakan guru pertama yang mengajar saya tentang teater Melayu di Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa). Beliau juga yang memperkenalkan saya kepada dunia Pentas Radio. Cikgu adalah guru yang sangat penyabar dan sering memahami anak muridnya. Tak pernah sekali pun beliau marah saya. Tetapi sekiranya beliau nak tegur, Cikgu akan gunakan humor. Cikgu kelakar orangnya. Saya berpeluang bekerjasama dengannya banyak kali di televisyen. Cikgu miliki nyala rasa yang diterapkan dalam setiap projek yang diusahakan. Saya tumpang gembira dan bangga dengan segala pencapaian Cikgu khususnya Anugerah Perdana Emas ini. Terima kasih Cikgu kerana sentiasa tidak lokek ilmu dan kaya dengan kata-kata perangsang buat saya.”“
“Sudah lama sepatutnya Encik Saffri menerima anugerah seperti ini. Kerjaya seni kreatif beliau (baik lakonan, menulis ataupun mengarah) merentas platform, dari radio ke panggung, televisyen dan kandungan digital hari ini adalah inspirasi saya sebagai penggerak seni masa kini. Saya amat bertuah kerana dapat bekerjasama dengan beliau dan sekali gus belajar dengan dekat tuturcara menulis skrip teater, bangsawan dan drama radio. Kesediaan beliau melakukan kerja ‘gila’ dalam berteater yang agak ‘gelap’ seperti ‘Impenjarament’ dan B’ilik Ahmad Berdaki’, menguatkan lagi pendapat saya bahawa Encik Saffri miliki ‘sesuatu’. Ini namanya ‘Legenda’.”Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg