Jika anda peminat membeli-belah dalam talian, anda mungkin sudah terdengar bahawa Pinduoduo baru sahaja dilancarkan di Singapura. Dengan pelbagai tawaran dan promosi, memang sukar untuk menahan diri daripada menambah barangan ke dalam troli.

Dengan kemunculan platform membeli-belah baharu ini, sudah pasti anda tidak sabar mahu melihat apa yang ditawarkan.

Apa itu Pinduoduo?

Walaupun Pinduoduo mungkin baharu di Singapura, ia sebenarnya salah satu platform e-dagang terbesar di China. Yang membezakannya daripada laman membeli-belah lain ialah model pembelian berkumpulan (group-buying), di mana pembeli boleh bergabung dengan pembeli lain untuk mendapat harga lebih rendah bagi produk tertentu. 

Dengan menghimpunkan pembeli dan menjual produk secara besar-besaran, platform itu mampu menawarkan tawaran yang agak menarik. 

Harga yang terlalu murah itu tidak semestinya satu penipuan — ia sebahagian daripada model perniagaan Pinduoduo, yang dibina atas konsep pembelian berkumpulan dan harga yang berpatutan.

Tetapi, ada juga syaratnya. Sesetengah pembelian berkumpulan mungkin tidak berjaya jika bilangan peserta yang diperlukan tidak dipenuhi, yang bermakna pesanan anda boleh dibatalkan. 

Dengan jumlah pembeli yang ramai, pembelian berkumpulan menjadi tarikan utama platform itu. Namun, pastikan anda menyemak syarat setiap tawaran sebelum membuat pembayaran! 

Apa yang sebenarnya berbaloi?

Pinduoduo terkenal dengan harga barangannya yang murah, namun berapa jumlah barangan yang boleh dibeli dengan $15? Majalah Her World menyenaraikan apa yang boleh dibeli dengan jumlah tersebut. 

1. Sarung telefon, $0.55

Sarung telefon dengan reka bentuk yang comel ini sangat berbaloi dibeli pada harga kurang $1.
Sarung telefon dengan reka bentuk yang comel ini sangat berbaloi dibeli pada harga kurang $1. - Foto PINDUODUO

Dengan reka bentuk comel dan binaan yang agak kukuh, sarung telefon berharga $0.55 ini sememangnya berbaloi. Memandangkan ia keperluan harian, mendapatkannya dengan harga kurang daripada satu dolar memang sukar dipercayai! 

2. Set pinggan mangkuk, $0.97

Set pinggan mangkuk yang comel boleh menyerikan dapur anda.
Set pinggan mangkuk yang comel boleh menyerikan dapur anda. - Foto PINDUODUO

Ingin menyuntik nafas baharu ke dapur anda? Set pinggan mangkuk yang comel boleh menjadi permulaan yang baik. Sama ada ketika memasak atau menikmati hidangan di rumah, aksesori kecil ini mampu menceriakan pengalaman harian anda. 

3. Vakum, $1.33

Vakum kecil ini dapat membantu memastikan ruang anda sentiasa bersih.
Vakum kecil ini dapat membantu memastikan ruang anda sentiasa bersih. - Foto PINDUODUO

Dengan habuk dan jerebu yang semakin menyukarkan usaha menjaga kebersihan persekitaran, memiliki vakum mini di rumah sangat membantu. Ia sesuai untuk membersihkan kawasan meja, bilik tidur atau sudut lain yang mudah berhabuk, membantu memastikan ruang anda sentiasa bersih.

4. Selipar rumah, $1.35

Sepasang selipar rumah yang baik sentiasa berbaloi dimiliki.
Sepasang selipar rumah yang baik sentiasa berbaloi dimiliki. - Foto PINDUODUO

Selesa dan comel, sepasang selipar rumah yang baik sentiasa berbaloi dimiliki, lebih-lebih lagi jika anda memakainya setiap hari di rumah. Dengan harga serendah ini, memang sukar untuk menahan diri daripada memasukkan sepasang ke dalam troli.

5. Kipas angin meja, $2.86

Kipas kecil ini dapat membantu anda kekal nyaman sepanjang hari. 
Kipas kecil ini dapat membantu anda kekal nyaman sepanjang hari.  - Foto PINDUODUO

Dengan cuaca panas di Singapura, kipas tambahan di rumah sememangnya berguna. Sama ada ketika membuat kerja di meja atau berehat di bilik, kipas kecil ini membantu anda kekal nyaman sepanjang hari. 

6. Kusyen, $1.64

Kusyen ini boleh menambah keselesaan pada kerusi anda.
Kusyen ini boleh menambah keselesaan pada kerusi anda. - Foto PINDUODUO

Jika anda banyak menghabiskan masa duduk di meja, kusyen ini boleh menambah keselesaan pada kerusi anda, sama ada di rumah atau pejabat. Pada harga hanya $1.64, ia cara mudah dan berpatutan untuk menaik taraf ruang kerja tanpa berbelanja besar. 

7. Meja boleh lipat, $2.01

Meja boleh lipat ini sangat berguna dan mudah disimpan.
Meja boleh lipat ini sangat berguna dan mudah disimpan. - Foto PINDUODUO

Sebuah meja penuh dengan harga $2.01 sahaja? Itu memang satu tawaran hebat! Sudah tentu, kami belum dapat mengesahkan kualitinya, namun dengan lebih 8,000 ulasan positif, nampaknya ramai pembeli yang berpuas hati. 

8. Kotak simpanan barang kemas, $1.53

Kotak simpanan barang kemas ini dapat memastikan aksesori anda sentiasa kemas, tersusun dan mudah dicari. 
Kotak simpanan barang kemas ini dapat memastikan aksesori anda sentiasa kemas, tersusun dan mudah dicari.  - Foto PINDUODUO

Jika barang kemas anda sering berterabur atau ‘hilang’ di dalam laci, kotak simpanan ini mungkin penyelesaiannya. Ia membantu memastikan aksesori sentiasa kemas, tersusun dan mudah dicari. 

Jumlah keseluruhan

Dengan sebanyak lapan barang keperluan harian di dalam troli, jumlah keseluruhannya hanya $12.24, bersamaan purata sekitar $1.53 setiap barang! Harga yang sangat murah. Malah, boleh dikatakan satu tawaran yang cukup berbaloi! 

Jika anda gemar tawaran murah dan membeli-belah, Pinduoduo mungkin bakal menjadi aplikasi kegemaran anda. Dengan pelbagai barangan pada harga berpatutan, memang mudah untuk rambang mata! 

Namun, pastikan anda berbelanja mengikut bajet dan menyemak ulasan produk sebelum membeli. Lagipun, barangan murah hanya berbaloi jika benar-benar berguna.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti