Penyakit Alzheimer, sejenis demensia yang menjejas ingatan, pemikiran dan kelakuan, adalah keadaan yang sukar difahami orang dewasa apatah lagi kanak-kanak.

Namun topik penyakit yang biasa menjejas warga emas itu menjadi pilihan pengasas kumpulan teater A.D.I. Concept, Adi Jamaludin, bagi pementasan akan datangnya untuk kanak-kanak berjudul, Si Penjaga Memori.