Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Apabila ilmu, keyakinan perkasa wanita...

Sempena Hari Kebangsaan ke-58, ruangan Wanita Hebat (WHe) yang dilancarkan hari ini, mengemukakan wajah-wajah yang berpotensi menjadi wajah ikon yang yang membanggakan negara.
Aug 09, 2023 | 05:31 AM



Sebagai anak sulung tiga beradik yang kesemuanya perempuan, apatah lagi setelah kehilangan bapa pada usia muda, beliau secara konsisten menunjukkan contoh yang baik dalam pelajaran sehingga diangkat sebagai pelajar cemerlang dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke menara gading.

Justeru tidak mengejutkan Dr Nur Atiqah Azhari ketika berusia 27 tahun pada 2021, telah berjaya mendapat ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang Psikologi dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Bahkan beliau yang kini berusia 29 tahun, merupakan antara pensyarah termuda di fakulti Pusat Pengajian Sains Kemanusiaan dan Tingkah Laku di Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS).

Ilmu itu bagi memberi kekuatan dan kuasa kepada yang memilikinya, kata beliau mengingati pesanan arwah bapanya yang meninggal dunia ketika beliau berusia 12 tahun, tidak lama selepas diumumkan sebagai antara pelajar terbaik PSLE 2006. Justeru sejak itu beliau tidak pernah menoleh ke belakang dalam mengejar ilmu, dan beliau melakukannya secara berterusan selama lebih 20 tahun bergelar pelajar.

“Pensyarah muda seperti saya memang mudah mendekati dan memahami para siswazah yang masuk ke kuliah saya kerana umur kami yang tidak banyak berbeza… pelajar anggap saya seperti kawan,” kata beliau yang mengajar kursus Psikologi Sosial dan Kesihatan Mental dan Kesejahteraan di SUSS.

“Tetapi umur muda juga pernah menjadi penyebab penaja untuk projek-projek penyelidikan ragu-ragu untuk luluskan dana kerana tak pasti, sama ada saya cukup pengalaman atau tidak untuk menangani tugasan besar. Tetapi Alhamdulillah, sejauh ini, saya mencapai matlamat yang ditetapkan,” tambah Dr Nur Atiqah sambil menyifatkan kajian bertajuk “Ke Arah Siswazah Sedia Masa Depan dalam Tenaga Kerja Hibrid: Mengenalpasti Mekanisme Kerjasama Menggunakan Pendekatan Neurosains Sosial” yang dikeluarkan oleh Dana Permulaan Kementerian Pelajaran sebagai antara kejayaan baik, apatah lagi beliau dilantik sebagai Penyiasat Utama (PI).

Beberapa rakan kongsi berterusannya di Singapura ialah Institut Pembelajaran Dewasa (IAL), A*STAR, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), SportSG dan Growth Collective SG.

Mempunyai tujuh tahun pengalaman dalam penyelidikan dan telah dilatih di Singapura, Italy dan Jepun, Dr Nur Atiqah menggunakan pendekatan neurosains tingkah laku dan fNIRS pelbagai peringkat dalam bidang penyelidikan Pembangunan Kanak-kanak, Proses Keluarga dan Hubungan Sosial.

Topik penyelidikannya termasuk hubungan ibu bapa-anak, hubungan suami isteri, sikap budaya dalam kanak-kanak, peralihan sekolah dalam kanak-kanak berisiko, dan pencapaian akademik dalam anak angkat. Sejauh ini beliau pernah bekerjasama dengan Mendaki, Sinda, NTUC First Campus, Oasis Fostering Centre dan Rise Above Halfway House.







Di sebalik kesibukannya menjalankan beberapa kajian dan tugas sebagai pensyarah Dr Nur Atiqah tetap meluangkan masa menyumbangkan kerja-kerja sukarelawan. Sebagai wanita beliau gembira dapat menyumbang dalam Jawatankuasa Penasihat Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), di mana beliau menyediakan perundingan mengenai penyelidikan yang menambah baik program perkhidmatan sosial dalam organisasi.

“Sebagai sukarelawan yang menyumbang kepakaran saya, saya berharap dapat memperbaiki program-program yang sedia ada berdasarkan kajian yang telah dilakukan agar kita dapat mencapai hasil yang lebih tepat dan berkesan,” ujarnya.

Bahkan, di sebalik komitmen kerjayanya, ia tidak menghambat Dr Nur Atiqah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri, bahkan beliau masih meluangkan masa mengejar minat dalam bidang seni lukis.

“Saya suka memasak apabila saya dan suami ada di rumah. Selain itu, saya juga suka melukis… ke mana-mana saya melancong atau berada di luar negeri kerana tugasan, saya suka mencari ruang untuk merakamkan pengalaman dan pemandangan yang indah dalam bentuk lukisan… ia menjadi terapi yang sangat menyenangkan,” kata Dr Nur Atiqah.

Bagi wanita muda yang mahu terus meningkatkan pengajian, Dr Nur Atiqah mengingatkan tentang pentingnya untuk seseorang mengenal pasti tujuan dan matlamat.

“Jika kita ada matlamat, lebih mudah untuk mengatur langkah, yakin dan sampai ke matlamat itu. Jadi kena tahu arah dan tujuannya,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >