Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Antara atlet pilihan Wanita Hebat (WHe) Berita Harian

Kelembutan seiring perkasa dalam sukan

Aug 09, 2023 | 05:30 AM



AQILAH ANDIN

Menceburi sukan bola jaring secara profesional tidak menghambat Aqilah Andin untuk memainkan peranan sebagai seorang ibu, namun beliau akur sokongan keluarga memainkan peranan untuk beliau meneruskan langkah. 

Sebelum ini akhbar melaporkan beliau menyambung semula program kekuatan fizikalnya sebulan selepas bersalin dan kembali ke latihan gelanggang bersama kelabnya Swifts Barracudas beberapa minggu selepas itu.

Bukan mudah untuk mendapatkan kecergasan seperti sebelum hamil dahulu. Beliau akui ujian kecergasan Yo-Yo pertamanya bersama skuad kebangsaan pada September 2022 –  jatuh dua tahap.

Namun Aqilah berazam untuk memperbaiki keadaan kecergasaannya kerana enggan bersara dalam keadaan lemah, sebaliknya beliau mahu pastikan beliau menamatkan perjalanan bola jaringnya dengan cemerlang dengan memenangi sesuatu untuk Singapura.

Justeru setelah mewakili Barracudas di Deloitte NSL 2023 pada awal tahun, beliau kini berada di Afrika Selatan untuk Piala Dunia Bola Jaring, diikuti Piala Negara-negara pada Oktober  dan Sukan Seni Mempertahankan Diri dan Dalaman Asia di Thailand pada November.

Aqila dalam akhbar (ST) berkata: “Ia seperti urusan yang belum selesai. Saya masih muda dan, selagi badan saya masih mampu melakukan ini, saya mahu terus bermain.”

FARHANNA FARID

Di sebalik manisnya senyuman wanita kecil molek ini, terdapat kekuatan luar biasa melangkau statusnya sebagai seorang wanita. 

Pemecah rekod dunia sebanyak tiga kali dan enam kali di peringkat Asia, Cik Farhanna Farid, 30 tahun, adalah warga Singapura pertama memenangi emas dalam pertandingan angkat berat (powerlifting) antarabangsa dalam kategori terbuka wanita. 

Di bawah kategori ‘deadlift’ Bawah 52 kilogram, wanita ini berjaya mengangkat 203 kilogram berat besi pada Kejohanan Angkat Berat Klasik Terbuka Dunia di St Julian’s, Malta, pada Jun 2023. Dan beliau melakuan itu ketika baru pulih daripada kecederaan belakang yang “mengerikan” pada awal tahun.

Bekas ahli farmasi itu juga melatih ahli angkat berat lain di bawah bimbingan CoachbyMarc dan merupakan ahli jawatankuasa eksekutif Powerlifting Singapura, di mana beliau bekerja gigih untuk mengumpulkan wang bagi menyokong latihan para atlet di sini selain memastikan sukan itu mendapat perhatian. Beliau juga antara calon akhir anugerah Atlet Tahunan Ini (2022) anjuran akhbar The Straits Times.,




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >