Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Apakah tugas seharian individu dalam bidang pemasaran?

Oct 9, 2024 | 5:30 AM
Ruangan GenKini memberi peluang kepada belia untuk bertanyakan soalan sementara kami mendapatkan pakar untuk menjawab soalan anda.
Ruangan GenKini memberi peluang kepada belia untuk bertanyakan soalan sementara kami mendapatkan pakar untuk menjawab soalan anda. - GRAFIK BH oleh MOHD SAMAD AFANDIE
Cik Nurul Iffah Hamad, pakar pemasaran media sosial dengan lima tahun pengalaman dalam bidang tersebut. 
Cik Nurul Iffah Hamad, pakar pemasaran media sosial dengan lima tahun pengalaman dalam bidang tersebut.  - Foto ihsan NURUL IFFAH HAMAD

SOALAN: Saya kini dalam tahun kedua di maktab rendah. Saya berminat untuk menceburi bidang pemasaran dan media digital di universiti atau sebagai kerjaya.

Namun, saya kurang pasti apakah tugas seharian sebenar individu dalam bidang tersebut dan apakah kemahiran yang diperlukan?

Kami telah merujuk soalan ini kepada Cik Nurul Iffah Hamad, pakar pemasaran media sosial dengan lima tahun pengalaman dalam bidang tersebut.

JAWAPAN: Tugas seharian saya termasuk memastikan adanya pertumbuhan digital bagi sesebuah jenama dengan melakar strategi kandungan dan bekerjasama dengan pempengaruh media sosial bagi kempen berbayar.

Ini dilakukan untuk membuat para pengguna mengenali jenama tersebut dengan lebih baik dan meningkatkan penjualan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Yang utama bagi saya adalah anda perlu memahami bahawa bidang pemasaran secara amnya terdiri daripada beberapa aspek.

Ia termasuk pemasaran digital, perhubungan awam, penciptaan kandungan, media sosial dan banyak lagi.

Ia sering menggabungkan kreativiti dan strategi yang dipacu data serta memerlukan anda memahami pelbagai platform berbeza bagi menarik pelanggan.

Daripada pengalaman saya, semangat sepasukan adalah penting bagi sesiapa yang ingin menceburi bidang pemasaran.

Saya sering mendapati diri saya bekerja dengan individu daripada jabatan berbeza untuk memastikan mesej dan matlamat kempen itu tercapai.

Kemahiran komunikasi yang berkesan juga penting apabila saya berurusan dengan individu lain seperti klien, pihak berkepentingan dan pelanggan.

Anda juga harus belajar menjalin hubungan jangka panjang sambil bersifat terbuka supaya idea inovatif anda boleh berkembang maju.

Bagi saya, perkara paling menggembirakan adalah apabila saya dapat melihat kesan langsung pada pertumbuhan jenama itu menerusi strategi kreatif yang saya lakarkan.

Saya gemar bagaimana menerusi kerja pemasaran saya, saya dapat berhubung dengan mereka dari negara lain sambil berkongsi pandangan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg