Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ariana Grande minta maaf kepada Elvira setelah didakwa sombong

Oct 23, 2024 | 3:29 PM
Penyanyi dan penggubah lagu Amerika, Ariana Grande, meminta maaf jika beliau menyinggung perasaan pelakon, Elvira pada 2017 sewaktu diminta bergambar sama dan dirinya menolak.
Penyanyi dan penggubah lagu Amerika, Ariana Grande, meminta maaf jika beliau menyinggung perasaan pelakon, Elvira pada 2017 sewaktu diminta bergambar sama dan dirinya menolak. - Foto REUTERS

Penyanyi dan penggubah lagu Amerika, Ariana Grande, menjawab dakwaan pelakon pementasan dan filem seram, Elvira, bahawa dirinya sombong dan enggan bergambar sama meskipun peristiwa itu sudah berlalu tujuh tahun lalu.

Laman web, The Mirror, melaporkan Grande, 31 tahun, meminta maaf kepada Elvira, 73 tahun, dengan menyatakan beliau sebenarnya tidak menyangka telah menyakiti perasaan bintang veteran itu.

“Saya dilanda keresahan ketika itu. Bukannya kerana saya menyombong tetapi lebih kerana saya tidak selesa di ruang dengan ramai orang dan hanya ingin bergegas pulang lebih awal selepas menonton persembahan Elvira,” kata Grande.

Pada awal Oktober, Elvira, atau nama sebenarnya, Cassandra Gay Peterson, menghadiri satu sesi bertemu peminat di taman riadah Knott’s Scary Farm di California dan ditanyakan tentang selebriti paling sombong yang pernah ditemui.

Kata Elvira: “Saya pernah bertemu Ariana Grande dan teman-temannya di satu temasya di mana saya membuat persembahan.

“Semua temannya meminta saya tanda tangan dan ingin bergambar. Ada seramai 20 orang. Tapi apabila saya bertemu dengan Ariana dan ingin bergambar dengannya, dia menolak dan berkata tidak akan ambil gambar dengan selebriti lain di temasya.”

Pada 21 Oktober, Elvira berkongsi kejadian itu di Instagram beliau.

Grande pula cepat menjawab dengan menyatakan beliau sama sekali tidak ingat apa yang berlaku kerana kejadian itu terjadi pada 2017.

“Saya kecewa membaca hantaran Instagram Elvira. Saya sebenarnya tak ingat pun saya bertemu beliau sebab saya dilanda serangan keresahan. Seingat saya, saya cepat-cepat pulang sebelum teman saya balik.

“Saya minta maaf kalau Elvira tersinggung sebab saya sebenarnya terasa janggal bersama lautan orang awam atau di tempat yang bising,” jelasnya.

Sebab Grande adalah bintang ternama, pastinya ramai yang akan ingat kalau beliau bertindak sombong di khalayak ramai.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg