Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ariana Grande sah berpisah sejak Jan

Jul 21, 2023 | 11:03 AM
PUTUS SUDAH KASIH SAYANG: Ariana Grande dan Dalton Gomez dikatakan sudah menamatkan perkahwinan dua tahun mereka kerana kesibukan Grande membuatnya sukar meluangkan masa dengan Dalton.
PUTUS SUDAH KASIH SAYANG: Ariana Grande dan Dalton Gomez dikatakan sudah menamatkan perkahwinan dua tahun mereka kerana kesibukan Grande membuatnya sukar meluangkan masa dengan Dalton. - Foto INSTAGRAM ARIANA GRANDE

Selepas dua tahun berkahwin, pasangan selebriti popular Hollywood, Ariana Grande dan suaminya, Dalton Gomez, rasmi berpisah.

Menurut laporan Daily Mail, rumah tangga penyanyi berusia 30 tahun itu dikhabarkan telah berakhir sejak Januari lalu, selepas pandemik Covid-19 juga tamat.

Selepas berpisah, kedua-duanya telah membawa haluan hidup masing-masing, malah Gomez, 27 tahun, seorang broker hartanah, dikatakan sudah mencari teman wanita baru.

Punca perpisahan pelantun Thank You Next itu berpunca daripada jadual kerjanya yang padat sebagai seorang penyanyi terkenal sehingga menyebabkan kedua-duanya jarang bertemu.

Menurut sumber terdekat Grande, Gomez tidak menunjukkan usaha untuk menyelamatkan rumah tangganya sehingga mereka akhirnya bercerai pada Januari lalu.

“Grande memang sibuk. Pada masa yang sama, Gomez juga tidak menunjukkan usaha untuk menyelamatkan rumah tangganya. Bahkan, dia juga sudah mempunyai teman wanita lain sejak beberapa bulan lalu,” kata sumber tersebut.

Berita tentang perpisahan pasangan itu diketahui ramai setelah Grande dilihat tidak memakai cincin kahwinnya lagi sewaktu menghadiri perlawanan tenis Wimbledon di London pada 16 Julai lalu. Beberapa hari selepas itu, warganet terlihat gambar kahwin mereka tidak lagi ada dalam akaun Instagram Grande.

Grande dan Gomez mendirikan rumah tangga pada Mei 2021 selepas lebih setahun mengenali hati budi masing-masing. Majlis perkahwinan mereka berlangsung di rumah Grande di Montecito, California.

Dalam satu rencana berasingan di majalah US, Gomez dilaporkan masih mengharap hubungan cinta mereka kembali bertaut.

“Walaupun mereka melalui tempoh sukar, Dalton belum bersedia berpisah. Dia melihat dirinya akan habiskan sisa-sisa usia kelak dengan Ariana dan akan melakukan apa sahaja untuk memenangi hati wanita itu semula.

“Meskipun dia kelihatan keluar bersama wanita lain, tetapi ia bukan serius. Ia hanya untuk membuatnya lupakan kesedihannya.

“Ariana pula tidak berkecil hati bahawa Dalton mula bertemu wanita lain. Baginya, dia hanya ingin tinggalkan hubungan tersebut dan bina hidup baru,” ujar sumber terdekat pasangan itu kepada majalah US.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg