Pengguna Berdaftar
Art Fazil ‘Cipta Cita’ bakat muda luah rasa
Esplanade sajikan kerja seni berbeza genre yang gunakan bahasa Melayu sempena Bulan Bahasa
Sep 7, 2023 | 5:30 AM
Nama Art Fazil sudah menjadi jenama ikonik yang diingati ramai sebagai pejuang lagu-lagu kemanusiaan yang mewujudkan cinta dan rasa pada identiti Melayu. Dalam karya yang disajikan berdekad lamanya, Art menitikberatkan perihal budaya dan warisan yang mengajak pendengar berfikir panjang.
Bagaimanapun, sempena Bulan Bahasa 2023, beliau diamanahkan peranan baru mencari anak-anak muda yang menghasilkan kerja seni dalam bahasa Melayu tetapi bergerak dengan genre berbeza bagi satu persembahan Cipta Cita yang disajikan Esplanade sebagai sebahagian siri Pentas.
Laporan berkaitan
Hiburan 80 jam ‘Formula 1’ buat semua generasiJul 13, 2023 | 4:44 PM
Kugiran Masdo cipta sejarah di Dewan Filharmonik PetronasJul 18, 2023 | 11:21 AM

