Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Artis abaikan kecaman warganet... makin layan, makin menjadi

Kecaman dahsyat golongan ‘troll’ dalam talian hanya tarik perhatian atau sengaja bikin selebriti marah
Nov 27, 2023 | 05:30 AM



Setiap hari apabila membaca komen warganet mengenai berita hiburan di dalam talian, akan timbullah tanda tanya, “Mengapa warganet sekejam ini mengkritik?” atau komen “Laser betul mereka ini walau hanya dalam bentuk tulisan.”


Baru-baru ini, saya tak tahu apa nak dikata tatkala membaca komen warganet di Facebook yang menyamakan gaun berikat serba putih yang digayakan Aina Abdul dalam konsertnya ibarat kondom bergerak.

Artis asal Singapura, Hady Mirza, yang bertanding di pentas, All Stars Gegar Vaganza (ASGV), pula telah cuba sedaya upayanya ketika berduet dengan Shiha Zikir lagu Afgan dan Rossa, Kamu Yang Kutunggu.


Dalam ramai memuji persembahan romantis dan serasi Hady dan Shiha, ada juga komen sumbang di aplikasi X (dahulu Twitter) yang menganggap persembahan Hady ibarat mayat kaku yang bangkit dari kubur dan tiada reaksi walhal lagu itu menggambarkan kisah cinta.

Kata warganet berkenaan: “Hairan betullah macam mana Datuk Syafinaz Selamat boleh suka dengan persembahan ‘mayat’ Hady tu. Bagus sangat ke? Tak ada ekspresi langsung!”

Alahai... masing-masing ada cita rasa tersendiri. Kadangkala kita tak sukakan penyanyi ‘A’ kerana suaranya yang kedengaran ‘penyek’ tetapi tak adalah sampai kita nak mengecamnya di media sosial atas sebab memalukannya.

Saya kira isu busana Aina memang sudah lama dibincangkan kerana ramai yang masih belum biasa dengan penampilan busana yang terlebih mewah fabriknya sehingga ada yang berkata beliau bagaikan pakai baju bantal ataupun menggayakan fesyen bunga kembang malam sampaikan sukar nak bergerak. ataupun payah kelihatan wajahnya di sebalik busana yang lebih gah.


Nasib baik juga suara Aina tu lunak. Justeru, ada batas orang nak mengulas lebih-lebih termasuk dalam hal harga pakaian yang digayakan mencecah RM400,000 ($114,648) bagi lima persalinan.

Pastinya antara perkara yang artis masa kini perlu layan adalah aspek dunia siber yang sedikit sebanyak boleh menjejas emosi mereka.

Komen dalam talian yang dianggap buas atau ‘savage’ itu boleh membuatkan artis patah semangat, berang ataupun macam nak lupakan sahaja bidang nyanyian.


Namun, saya pasti Aina dan Hady sudah cukup matang untuk tidak ‘ambil port’ dengan komen tidak berasas mereka yang tidak peka ataupun tidak sedia maklum dengan tuntutan dunia hiburan.


Aina ada gaya dan ‘trademark’ tersendiri. Menerusi busananya, orang lebih mengenali selain akur bahawa suaranya adalah antara yang terbaik buat masa ini. Sebagai pencipta lagu dan penulis lirik pun, saya kira Aina menepati cita rasa masa kini. Orang senang dengan lagu-lagunya yang menyentuh kalbu.


Hady pula menampakkan daya hibur yang menggalakkan di pentas ASGV. Perkara ini tidak boleh dinafikan sebab ketekalannya amat menyerlah. Usahanya tidak boleh diketepikan. Bila masa pula persembahannya macam mayat? Ada teman yang kata apakah kerana dandanan tebal pada mukanya warganet menyamakannya dengan mayat?


Dalam satu program Radio 1 di Britain, pernah disiarkan kisah buli siber dalam kalangan artis ternama.


Menjadi sasaran golongan yang dipanggil ‘troll’ (hasut maya) sudah menjadi perkara biasa buat artis ternama.

Zayn Malik pernah dipanggil ‘pengganas’ yang dikaitkan dengan agama Islam, sesuatu yang turut menyakiti perasaan keluarganya.

Lorde pula dianggap pelik kerana pakaiannya dan caranya berbual yang kadangkala kedengaran seperti gementar.


Jesy Nelson pula pernah menangis tanpa henti sejak berada dalam kumpulan Little Mix.


Kata Jessy dalam wawancara radio itu: “Kadangkala saya tertanya-tanya. Mengapa saya diganggu? Saya tak buat apa-apa dalam kehidupan orang lain. Mengapa orang cari pasal dengan saya?”


Selena Gomez pula sampaikan terpaksa membuang aplikasi media sosialnya kerana enggan diganggu warganet yang sengaja ingin memburukkan nama baiknya atau melakukan eksperimen untuk membuatnya marah.

Teringat saya perbualan bersama naib juara Malaysian Idol, Dina Nadzir, yang datang berkunjung ke pejabat Berita Harian (BH) untuk mempromosikan lagu duetnya, Berat Hati, bersama Hazrul Nizam. Mereka merupakan alumni Gegar Vaganza 9 (GV9).


Kata Dina: “Kadangkala warganet ni sengaja nak bikin kita marah. Dia cuba-cuba, try test water, orang kata. Kutuk pakaian kita, kecam persembahan kita.


“Tapi apabila kita membalas pesanan mereka dengan baik, mereka terus senyap. Mereka nak kita meledak marah tetapi kita jawab dengan baik. Saya rasa gunakan taktik berhemah dan layankan mereka sampai mereka ‘give up’ adalah cara sebaiknya.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >