Setiap tahun pada 2 April, dunia memperingati Hari Kesedaran Autisme, satu daya usaha yang diisytiharkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2007.

Hari tersebut bukan hanya untuk meningkatkan pemahaman tentang spektrum autisme, bahkan juga untuk menggalakkan penerimaan dan mengiktiraf potensi serta sumbangan individu dalam spektrum tersebut.