Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Awie nangis tak sempat berterima kasih kepada ibu

Aug 5, 2024 | 11:32 AM
Awie menitiskan air mata bila terkenang terlupa dan terleka untuk menjaga arwah ibunya lebih baik.
Awie menitiskan air mata bila terkenang terlupa dan terleka untuk menjaga arwah ibunya lebih baik. - – Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Air matanya gugur ketika menyampaikan lagu berjudul Kasihnya Ibu yang didedikasikan khas buat ibu tercinta, Allahyarhamha Azizah Abdul Hamid, dalam Konsert Awie Journey yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Malaysia, pada malam 3 Ogos.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 55 tahun, berkongsi bahawa pemergian arwah ibunya pada 2014 sangat meninggalkan kesan meskipun sudah berlalu selama lebih kurang sedekad.

“Pada 12 Disember 2014, emak menyusuli abah selepas tiga tahun. Kehilangannya buat saya tersentak kerana terlupa untuk banyak berterima kasih.

“Saya terlupa dan terleka untuk menjaganya lebih baik.

“Saat saya terkapai-kapai, doa emak mengubati luka. Saya reda Ya Allah, tapi sakitnya cukup terasa. Tolonglah Ya Allah, ampuni doa kedua-dua orang tuaku. Menangislah air mata darah sekali pun, mereka tidak akan kembali. Hanya pada-Mu tempatku memohon,” katanya.

Bukan hanya vokalis kumpulan Wings, malah persembahan itu turut menyentuh hati kira-kira 3,000 penonton yang hadir malam itu, lapor Berita Harian Malaysia.

Selain mendendangkan semula lagu Kasihnya Ibu dendangan asal Allahyarhamha Datuk Sharifah Aini, Awie tampil dengan persembahan yang sangat bertenaga dan menghiburkan menerusi lebih 40 lagu.

Membuka tirai dengan lagu Musibah, Awie menyampaikan lagu-lagunya mengikut urutan tahun perjalanannya dari 1985 sehingga sekarang.

Persembahan diteruskan dengan Balada Pemuzik Jalanan, Peronda Jaket Biru, Biarkan Berlalu, Bernafas Dalam Lumpur, Ratuku, Dipenjara Janji, Ukiran Jiwa, Nurnilam Sari, Sayap Ilusi, Bara serta persembahan ‘medley’, Cinta Bukan Ilusi, Pedih, Iris, Tragedi Oktober, Baldu Biru, Senja Nan Merah dan Dibayang Awan.

Turut hadir memberi sokongan adalah anggota Wings iaitu Eddie sebagai pemain bes, Black (dram), Edrie Hashim (gitar) tampil ke atas pentas menyampaikan lagu Sejati dan Tolong Ingatkan Aku.

Antara rakan selebriti lain adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Beto Kusyairy, Amir Masdi, Roy Azman dan Fad Bocey.

Konsert itu menceritakan perjalanan Awie sebagai penyanyi solo dari 1985 (kecuali 1987 hingga 1992) hingga sekarang dengan setiap fasa diselitkan cerita lalu.

Awie tidak menafikan sangat terharu dengan sambutan yang diterima, lalu menghadiahkan persembahan lebih tiga jam.

“Terima kasih sambutan luar biasa, kalau ada rezeki kita jumpa lain masa,” katanya yang mahu mengadakan konsert asli, berbeza daripada apa yang pernah dilakukan sebelum ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg