Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ayah minat rok? Raikan Hari Bapa dengan Ramli Sarip, Jatt Ali

May 29, 2025 | 5:30 AM
Acara makan malam Hari Bapa anjuran Bapa Sepanjang Hayat akan diadakan pada 14 Jun dari 6.30 petang hingga 10 malam.
Acara makan malam Hari Bapa anjuran Bapa Sepanjang Hayat akan diadakan pada 14 Jun dari 6.30 petang hingga 10 malam. - Foto BAPA SEPANJANG HAYAT

Bapa anda peminat lagu rok Melayu?

Sempena Hari Bapa, bawalah mereka ke acara makan malam yang menjanjikan persembahan penuh bertenaga daripada bintang rok legenda Singapura, Ramli Sarip dan Jatt Ali.

Acara anjuran gerakan Bapa Sepanjang Hayat (BSH) itu akan diadakan pada 14 Jun, iaitu sehari sebelum Hari Bapa.

Ia akan diadakan di De Hall di Tai Seng Centre di 3 Irving Road dari 6.30 petang hingga 10 malam.

Sambil menikmati lagu digemari ramai seperti, Kamalia, Teratai, Dulu dan Sekarang, Hatiku Luka Lagi, Khayalan dan banyak lagi, tetamu di acara itu juga boleh mengisi perut mereka dengan lauk-pauk Melayu seperti rendang, ayam lemak cili padi dan telur puyuh sambal.

Harga tiket bermula daripada $104.84.

Semua hasil kutipan akan disalurkan ke arah usaha menyokong bapa yang memerlukan.

Ini termasuk bapa baru yang pertama kali melayari dunia keibubapaan dan bapa dalam keluarga kurang bernasib baik yang berusaha menyediakan masa depan lebih baik untuk anak-anak mereka.

Tempahan boleh dibuat di laman web, www.fathers.com.sg atau di Facebook atau Instagram BSH.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg