‘Babymoon’, bulan madu bagi pasangan sebelum sambut bayi
Pengguna Berdaftar
‘Babymoon’, bulan madu bagi pasangan sebelum sambut bayi
Pasangan yang bakal bergelar ibu dan ayah melancong ke luar negara sedang ibu mengandung
Sep 22, 2024 | 5:30 AM
Cik Nurhayati Abdul Ghani (kanan) dan Cik Nurulain Md Yusof masing-masing melancong bagi ‘babymoon’ sebelum kelahiran anak pertama mereka. - Foto NURHAYATI ABDUL GHANI dan MOHAMMAD SUFIE RASHID
Sebelum bersengkang mata melayan kerenah bayi melalak atau mencampakkan diri ke dalam rutin harian menukar lampin, bakal ibu ayah, Cik Nurhayati Abdul Ghani, 29 tahun, dan Encik Irza Khairulazhar Kamarudin, 32 tahun, memutuskan untuk bercuti ke luar negara – satu trend yang digelar sebagai ‘babymoon’.
Sama seperti konsep bulan madu (honeymoon), trend ‘babymoon’ yang sudah wujud agak lama melibatkan pasangan yang bakal bergelar ibu dan ayah melancong ke luar negara sedang ibu dalam keadaan mengandung.
Laporan berkaitan
Tinjauan: Lebih separuh Gen Z dambakan majlis kahwin di luar negaraSep 18, 2024 | 4:15 PM
Lindungi diri dari virus seperti mpox ketika melancongSep 11, 2024 | 5:46 PM

