Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Badminton tetap di hati Deepika walau tidak teruskan kerjaya profesional

May 15, 2024 | 03:00 PM



Kebanyakan bintang Bollywood memulakan kerjaya seni mereka kerana berasal daripada keluarga seni.

Bagaimanapun, Deepika Padukone, 38 tahun, adalah antara segelintir pelakon Bollywood yang tiada kaitan dengan sebarang pelakon ternama.

Beliau tidak mempunyai anggota keluarga yang membangun nama dalam industri hiburan.

Sebagaimana yang dijelaskannya dalam satu laporan majalah Vogue, beliau hanya mempunyai bapa yang pernah bergelar juara dunia badminton, Prakash Padukone.


Prakash pernah mencipta sejarah pada 1980 apabila beliau bergelar olahragawan India pertama yang pernah menjulang piala Kejuaraan All England.

Justeru sebagai remaja, Deepika pernah menjalani latihan untuk menjadi pemain badminton profesional.

Dalam rencana itu, beliau mengimbas jadual padatnya ketika membuat persiapan untuk peraduan peringkat nasional.

“Saya bangun 4.30 atau 5 pagi untuk latihan fizikal saya. Saya diizinkan pihak sekolah untuk tidak hadiri perhimpunan pagi di sekolah tetapi saya harus hadir pada kelas pertama yang dikendalikan.

“Sejurus loceng berbunyi, saya pulang ke rumah untuk makan kudapan sebelum kembali ke gelanggang badminton. Begitulah kehidupan saya,” cerita Deepika.

Walaupun tidak menjadi pemain badminton profesional, sukan itu masih menjadi hobinya pada masa lapang.

Nyala rasanya pada sukan bahkan turut menjadi bahan yang menjana idea bagi kerjaya lakonannya.

Di bawah syarikat penerbitan filemnya Ka, beliau menerbitkan dan memainkan watak dalam drama sukan berjudul 83, yang mengisahkan tentang kejayaan India dalam Piala Dunia Kriket 1983.


Filem tersebut dibintangi suaminya, Ranveer Singh, sebagai legenda sukan kriket, Kapil Dev.

Sebelum 83, Deepika juga telah menerbitkan drama sosial, Chhapaak, yang menyentuh perasaan ramai kerana beliau memainkan watak seorang wanita yang meneruskan perjuangannya sebagai mangsa serangan asid.


Wataknya itu mengalami trauma selepas wajahnya teruk terjejas. Serangan asid merupakan sesuatu yang ketara serata dunia khususnya Asia Selatan berdasarkan perangkaan daripada beberapa pertubuhan tidak mengaut untung.

“Setiap yang saya lakukan mestilah bermakna. Saya tidak pernah dipancing keinginan untuk jadi terkenal, kaya raya atau berkuasa.

“Apa yang membuat saya teruja menghasilkan Chhapaak ialah keupayaan menyebar pesanan penting buat dunia menerusi filem yang saya terbitkan.


“Sewaktu muda, sukar untuk saya jelaskan misi ini. Tapi hari ini, saya menyedari filem adalah jentera berkuasa dalam membolehkan anda mencapai matlamat lebih murni dalam hidup,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >