Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bakal ibu mentua Shila Amzah meninggal dunia

Jul 31, 2023 | 03:15 PM



Tunang Shila Amzah yang juga pempengaruh media sosial, Ubai MZ, 25 tahun, kehilangan ibu tercinta, Allahyarhamha Rohani Jamal yang meninggal dunia pada 6.45 petang Ahad.

Difahamkan, Allahyarhamha Rohani sebelum ini bertarung dengan penyakit barah.

Malah, ketika majlis pertunangan Ubai dan Shila pada 27 Mei lalu, arwah hadir dalam keadaan bersemangat walaupun kurang sihat.

Ubai menerusi perkongsian berita sedih itu di Instagram (IG) mengakui beliau kini berhadapan dengan dugaan berat dalam hidupnya kerana kehilangan ibu tersayang yang kembali kepada Allah swt.


“Salam semua, mak saya baru menghembuskan nafas terakhir pada 6.45 petang tadi (Ahad). Hilangnya doa seorang ibu. Beratnya dugaan ini untuk Ubai, tapi Ubai reda. Berehatlah mak. Mak seorang ibu yang baik, semua orang senang dengan mak. Ubai ingat semua pesan mak. Ubai tak pernah lupa.

“Terima kasih mak sebab jadi tempat untuk Ubai mengadu, untuk Ubai minta nasihat. Ubai janji akan jaga adik-beradik semua. Terima kasih mak. Ubai sayang mak sangat-sangat. Al Fatihah,” tulisnya.

Kehilangan insan tersayang ini adalah kali kedua yang Ubai sekeluarga alami pada tahun ini.

Terdahulu, pada 4 Mei lalu, Ubai kehilangan adik lelakinya, Allahyarham Muhammad Azrullah Mohd Zulkefli yang meninggal dunia akibat kemalangan.

Sementara itu, Shila, 33 tahun, pula dalam perkongsian di IG mengucapkan terima kasih kepada arwah bakal ibu mentuanya itu di atas ruang masa yang sudah diberikan buat dirinya.

“Mak. Terima kasih atas pinjaman waktu ini mak.

“Lagi seminggu je mak. Selamat majlis Ubai dan Sha. Mak adalah mak yang baik dan penyayang, isteri yang sangat baik, anak yang baik, kakak yang baik, sahabat yang baik kepada semua yang sayangkan mak.

“Sha sayangkan mak, Lillahitaala. Selamat pergi ke negeri abadi. Al Fatihah,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen di IG Ubai dan Shila, rata-rata dibanjiri ucapan takziah daripada rakan selebriti, kenalan dan pengikut mereka yang mendoakan kesejahteraan roh arwah agar dicucuri rahmat di sisi Allah.

Begitu juga IG Story masing-masing turut dikongsi dengan ucapan takziah daripada rakan, kenalan dan saudara-mara masing-masing atas kehilangan yang dialami pasangan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >