Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bakat S'pura ke Gegar Vaganza: Apa kata Yanni...

Dec 05, 2022 | 05:30 AM



Persediaan terperinci perlu untuk wakili negara



PERSIAPAN rapi amat diperlukan bakat Singapura jika kaki mereka ingin melangkah jauh ke pentas besar Gegar Vaganza (GV).



Sebabnya, pertandingan musim kali ini dan selanjutnya sudah pun dinaiktarafkan meliputi penyanyi yang sudah ada jenama dan mungkin ingin memperkasakannya lagi.



Begitulah pandangan penyanyi Singapura, Yanni Bakri, yang hampir 15 tahun lalu mendapat tempat ketiga dalam Bintang Klasik Nasional Nusantara.



Yanni, 30-an tahun, yang mempunyai 'single' Bagaimana Lagi (ciptaan Sharon Paul) dan Dakapanmu ( ciptaan Mayuni Omar dengan lirik ditulis Haslinna Ja'aman) berkata:



"Kalau ada beberapa orang yang tanya apakah Yanni sudah bersedia mewakili negara dalam GV, jawapan Yanni belum lagi.



"Sebab kita tak boleh lagi menggunakan mentaliti bahawa GV untuk artis lama yang sudah lama menyepi dan perlu bangkitkan nama mereka semula.



"Lihatlah GV9. Apabila tengok nama seperti Jaclyn Victor dan Shila Amzah masuk, kita pun terpukul sekejap sebab mutu suara dan persembahan mereka. Jaclyn sangat konsisten dan Shila miliki kreativiti dan tenaga. Orang lain mungkin rasa tak adil tetapi Yanni pula rasa bagus untuk GV ketengah peserta hebat macam ini. Barulah ada perlawanan sengit.



"Kalau penyanyi Singapura nak masuk, pastinya kita perlu banyak berlatih dan membuat persediaan terperinci sebab banyak tuntutannya secara keseluruhan persembahan dan ilmu susunan lagu."



Beliau melihat kuasa GV mengangkat semula nama Hazrul Nizam yang sebelum ini terkenal dengan lagu Kaulah Segalanya yang sudah distrim lebih setengah juta di wadah penstriman Spotify.



"Fuad Rahman yang sampai peringkat separuh akhir pun ada faktor tarikan sendiri dan saya gembira jika beliau sudah menetapkan keputusan untuk terus berkarya di Malaysia kerana di situlah tempat untuk kembangkan kerjayanya.



"Saya masih ingat sewaktu saya dapat tempat ketiga dalam peraduan Bintang Klasik Nasional Nusantara, ada juga usulan daripada bapa saudara agar saya bergerak di Malaysia. Lagu peraduan saya kerap diputar di Radio Klasik Nasional ketika itu.



"Cuma pada masa itu, saya sudah bertunang. Keutamaan adalah untuk bina keluarga. Jadi tak dapat nak ambil peluang menebarkan sayap ke sana atas keutamaan tersebut," ujarnya.



Yanni juga berharap dengan lebih ramai artis Singapura mewakili negara ke pentas GV, dapatlah diusahakan sesi uji bakat terbuka dan rasmi untuk semua yang berminat mengikut ketetapan yang diperlukan pihak penganjur iaitu stesen Astro.



"Kalau di Malaysia saya rasa mereka ada sesi uji bakat tersebut tetapi tak dengar pula ada sesi berkenaan di Singapura.



"Uji bakat sebegini membantu kita untuk tentukan sama ada kita layak atau tidak berada di pentas besar GV.



"Kemudian perlu ada pasukan yang memikirkan soal busana, persembahan kreatif dan vokal peserta," jelasnya.



Dengan lebih ramai artis Singapura berada di pentas GV termasuk yang buat masa ini berpangkalan di Singapura, Yanni mengharapkan lebih banyak pendedahan yang boleh diraih artis Singapura.



Yanni yang buat masa ini mengendalikan perniagaan produk dandanan dari rumah berkata beliau ingin melihat industri muzik Melayu serantau yang lebih meriah.



"Zaman saya masuk peraduan tradisional serantau dahulu, kita pandai-pandai belajar sendiri. Biduan R. Ismail yang ada bersama anaknya, Elfee R. Ismail, yang menjuarai kategori lelaki peraduan tersebut kadangkala menjadi rujukan. Zaman sekarang dah jauh berubah. Sumber bantuan untuk peraduan lebih banyak," jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >