Pengguna Berdaftar
Baru setahun jagung sudah ‘terbang’ jauh lihat dunia
Apr 14, 2024 | 5:30 AM
Encik Faris Iskandar Samat (kiri) dan Cik Nur Fadhilah Shuib kerap membawa anak mereka, Fayra Armel Iskandar, melancong. Bagi mereka, kuncinya ialah persediaan. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA
Tatkala usianya baru mencecah setahun, Fayra Armel Iskandar sudah menjejalah dunia lebih daripada apa yang mungkin dicapai sesetengah warga dewasa.
Sekecil usia tiga bulan dan belum bertatih, Fayra sudah menaiki penerbangannya yang pertama ke Lombok, Indonesia, dan kemudian Jepun, Australia, Thailand, dan Vietnam sebelum ulang tahunnya yang pertama, lantas mencatat jarak lebih 31,000 kilometer di udara.
Laporan berkaitan
Tiga penginapan mesra alam di ThailandApr 9, 2024 | 1:04 PM
4 destinasi untuk dapat tidur lena...Apr 3, 2024 | 11:50 AM

