Pengguna Berdaftar
4 destinasi untuk dapat tidur lena...
Apr 7, 2024 | 5:30 AM
Mazatlán adalah destinasi pantai yang dapat dinikmati pelancong yang ingin berjauhan daripada kesibukan sambil menikmati tradisi Mexico. - Foto BOOKING.COM
Melancong merupakan kegiatan yang bukan sahaja memberi ketenangan diri tetapi turut merakam banyak kenangan manis bersama orang tersayang. Berikut beberapa bandar yang disarankan wadah pelancongan digital Booking.com yang bukan sahaja menawarkan pemandangan cukup indah tetapi juga mewujudkan suasana sangat tenang bagi mereka yang dambakan rehat berkualiti di luar negara.
Arraial d’Ajuda adalah bandar menawan di daerah selatan dari Porto Seguro, yang dikenali sebagai antara destinasi pantai terbaik di Brazil. Dengan suasananya yang tenang dan pantai-pantai di sana, ia sangat sesuai bagi pelancong yang ingin berjauhan daripada hiruk-pikuk bandar yang sibuk.
Laporan berkaitan
Melancong ke luar negara tapi banyak tidur? Apr 3, 2024 | 10:45 AM
Berjaya Air lancar penerbangan langsung dari S’pura ke Pulau Redang Apr 2, 2024 | 12:49 PM

