Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

‘Bayar niat’ kembara sakan setahun susuli pandemik

Aug 20, 2023 | 05:30 AM



Di tengah-tengah pandemik sejagat yang belum pernah berlaku sebelum ini, yang mencengkam dunia selama lebih setahun, satu trend luar biasa muncul iaitu lonjakan dalam perancangan percutian.

Kajian terkini American Express mengenai Trend Pelancongan Sejagat 2023 mendedahkan bahawa hampir sepertiga (30 peratus) daripada responden laporan itu mempunyai empat atau lebih percutian yang dirancang pada 2023, untuk ‘membayar niat’ selepas tidak dapat melancong akibat pandemik.


Ini termasuk diri saya juga. Justeru itu, saya akur bahawa 2023 adalah tahun di mana saya merancang lebih percutian bersama keluarga berbanding 2022.

Tahun ini sahaja saya sudah bercuti ke luar negara sebanyak empat kali dengan satu lagi percutian dinanti-nantikan pada akhir Ogos.

Apabila negara-negara dibuka semula secara beransur, ramai yang merebut peluang untuk menempah tiket penerbangan dan melancong ke luar negara.

Menurut laporan Trend Pelancongan Sejagat 2023 oleh American Express, pilihan pengembara ke destinasi pelancongan dipengaruhi oleh empat trend utama.


Ia termasuk kebangkitan trend ‘set-jetting’ iaitu mendapat inspirasi destinasi percutian daripada filem popular, rancangan televisyen dan media sosial; melancong kerana makanan lazat; merehatkan minda dan mengutamakan penjagaan diri meliputi kesihatan mental serta fizikal serta meneroka tempat-tempat yang kurang dikunjungi sambil menyokong masyarakat tempatan negara tersebut.

‘SET-JETTING’

Seramai 47 peratus daripada responden mengikuti cadangan sahabat dan keluarga sebagai faktor penentu di mana mereka mengembara kerana terpengaruh oleh media sosial dan budaya pop.

70 peratus daripada responden Gen-Z dan golongan milenial (1986-2012) bersetuju bahawa mereka meraih ilham untuk melawat destinasi yang ditetapkan itu selepas melihat apa yang telah disiarkan dalam rancangan televisyen, sumber berita, atau filem.

Sebanyak 61 peratus daripada pelancong muda itu berkata mereka telah memilih destinasi tersebut kerana ia kelihatan hebat dalam gambar serta video manakala 48 peratus akur ingin mengembara agar dapat menayangkannya di media sosial.







DESTINASI MEMBUKA SELERA

Selain itu, 81 peratus responden juga bersetuju bahawa hidangan makanan tempatan negara yang dikunjungi adalah tarikan utama yang mendorong mereka melancong.

Sebanyak 75 peratus pula berminat menjamu selera di restoran tempatan dan 66 peratus Gen-Z dan golongan milenial bersetuju bahawa mereka mendapatkan maklumat dan inspirasi makanan daripada media sosial.

Bagi saya, makanan adalah faktor utama untuk ke sesuatu destinasi selain pemandangan.

Justeru, apabila melihat di media sosial tempat-tempat makanan menarik dan popular untuk menjamu selera, saya akan menandakan halaman atau hantaran tersebut dan simpan di fail dalam talian.







REHAT MINDA, JAGA KESEJAHTERAAN DIRI

Pengembara juga melancong untuk berehat daripada kehidupan mereka yang sibuk lantas lebih cenderung memilih destinasi seperti resort untuk merehatkan minda.

Sebanyak 82 peratus responden berkata mereka gemar berjalan semasa melancong untuk kekal cergas semasa mengembara.

Bagi saya, jika hotel penginapan mempunyai gimnasium, saya juga akan mengambil kesempatan untuk beriadah di kemudahan itu. Maklumlah, bukan selalu ada masa untuk ke gimnasium.

Kebanyakan responden melihat percutian sebagai cara mereka berehat daripada stres berlebihan dan pelbagai tugas.

Sebilangan besar (75 peratus) merancang untuk mengurangkan masa skrin semasa percutian untuk meningkatkan kesihatan mental mereka, selain berusaha untuk mendekatkan diri mereka dengan alam semula jadi supaya dapat memberi tumpuan menjernihkan mental (68 peratus).

TEROKA TEMPAT KURANG DIKUNJUNGI

Antara lain, terdapat juga pengembara yang mahukan pengalaman asli yang memberi mereka peluang menikmati budaya tempatan dan membiarkan mereka meneroka permata tersembunyi yang tidak diketahui ramai.

Sebanyak 89 peratus akan membuat keputusan destinasi yang mereka tidak pernah kunjungi.

Bagi golongan Gen-Z dan milenial pula, 79 peratus setuju bahawa mereka ingin menjalani kehidupan seharian penduduk setempat apabila mereka mengunjungi sesebuah negara.

Sekitar 68 peratus responden pula meluahkan bahawa mereka akan berasa bangga jika dapat meneroka tempat yang cantik dan istimewa sebelum tempat itu menjadi popular.

KESIMPULAN

Lonjakan dalam perancangan percutian berikutan pandemik ini adalah bukti daya tahan semangat manusia dan daya tarikan pengembara yang berkekalan.

Didorong oleh permintaan yang terpendam, keperluan untuk bersantai, usaha meraikan dan keyakinan yang baru ditemui seiring langkah kesihatan, saya mengalu-alukan semangat percutian yang baru ini, tidak kira jarak destinasi.

Sedang kita melangkah keluar ke babak baru, marilah kita bukan sahaja menikmati keseronokan penerokaan, malah mengiktiraf kesan positif percutian ke atas dunia di sekeliling kita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >