Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Biar dekat, asal selamat dan jimat

Jul 16, 2023 | 5:30 AM
SYDNEY KOTA MESRA KELUARGA: Cik Nuruljannah Baharom (kiri) bersama suami, Encik Muhammad Nur Nazhiffi Khirodin dan bayinya, Naura Neyla Nazhiffi, telah ke Sydney, Australia untuk lapan hari bagi meninjau tempat menarik.
SYDNEY KOTA MESRA KELUARGA: Cik Nuruljannah Baharom (kiri) bersama suami, Encik Muhammad Nur Nazhiffi Khirodin dan bayinya, Naura Neyla Nazhiffi, telah ke Sydney, Australia untuk lapan hari bagi meninjau tempat menarik. - Foto ihsan NURULJANNAH BAHAROM

“Bagi saya sekeluarga, tambang tiket penerbangan yang semakin meningkat berbanding tempoh prapandamik menjadi faktor utama kami memilih untuk melancong ke destinasi yang berdekatan, bukan kerana mempunyai lebih banyak peluang melancong semasa kecil.

“Dalam pada itu, negara-negara di Asia Pasifik juga menawarkan pengalaman yang kaya daripada segi budaya, sejarah dan tradisi. Baru-baru ini, saya telah menjadi seorang ibu baru dan antara faktor penting dalam perancangan adalah masa dan bajet.

“Selain itu, destinasi pilihan ini juga secara umumnya mesra bayi, iaitu kemudahan daripada segi pengangkutan dan perkhidmatan di samping kegiatan menyeronokkan untuk keluarga.”

Cik Nuruljannah Baharom, 28 tahun, jurutera.

JEJAKI MOUNT FUJI: Baru-baru ini, Cik Nur Farahin Nasrun telah melancong ke Jepun selama 11 hari.
JEJAKI MOUNT FUJI: Baru-baru ini, Cik Nur Farahin Nasrun telah melancong ke Jepun selama 11 hari. - Foto ihsan NUR FARAHIN NASRUN

“Negara-negara Asia Pasifik kaya dengan budaya. Terdapat banyak tempat untuk diteroka bagi mempelajari budaya baru dan ia juga satu pengalaman yang menarik. Misalnya, negara seperti Jepun membolehkan pengembara seperti saya menyaksikan dan mengamati kesenian unik teh Jepun.

“Korea juga dikenali sebagai bumi K-Pop yang menarik peminat dalam satu perjalanan yang membolehkan mereka membenamkan diri mereka dalam populariti gelombang Hallyu.

“Melancong ke negara dekat juga merupakan satu bentuk eskapisme daripada kehidupan rutin di Singapura. Tambahan pula, melancong sentiasa menyeronokkan.”

Cik Nur Farahin Nasrun, 28 tahun, pakar jaminan mutu.

MESRA DOMPET: Cik Nur Syarah Hassan berasakan sudah memadai mengunjungi Melbourne, Australia, bersama keluarga selama seminggu agar tidak perlu berbelanja banyak semasa mengembara.
MESRA DOMPET: Cik Nur Syarah Hassan berasakan sudah memadai mengunjungi Melbourne, Australia, bersama keluarga selama seminggu agar tidak perlu berbelanja banyak semasa mengembara. - Foto ihsan NUR SYARAH HASSAN

“Membesar dalam keluarga enam anggota, bukannya murah untuk ibu bapa saya berbelanja dan membawa keluarga ke destinasi jauh. Selain mempunyai keluarga yang berpangkalan di negara yang dekat, saya juga suka melancong di rantau Asia Pasifik.

“Sebagai individu dewasa yang baru sahaja mula bekerja, pelancongan dekat lebih mesra dompet dan sejujurnya, terdapat banyak lagi tempat indah yang boleh diterokai berdekatan, sebelum melancong ke tempat-tempat yang jauh.”

Cik Nur Syarah Hassan, 25 tahun, jururawat pelatih.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg