Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

WHe@Cantik

Bedak asas ‘atasan’, alah membeli menang memakai?

Aug 16, 2023 | 05:30 AM



Mereka yang mementingkan penampilan wajah yang sentiasa kelihatan mantap berbedak, sudah tentu tidak akan lepas menggunakan bedak asas atau foundation sebelum keluar rumah, terutama ketika menghadiri acara-acara penting.


Bedak asas memiliki kegunaan utama yang dapat menutupi segala kekurangan pada kulit wajah, daripada jerawat dan bekasnya, kerutan, hingga warna kulit yang tidak sekata. Di pasaran hari ini, terdapat banyak jenis bedak asas namun yang paling popular tetap merupakan jenis cecair.

Mencari bedak asas terbaik sesuai untuk jenis kulit dan warna mengambil masa yang agak lama dan melalui percubaan demi percubaan. Bedak asas bermutu akan bertahan lama, menjadikan kulit kelihatan flawless, tidak memberi kesan gatal atau alahan kepada kulit dan kesesuaian pada ton kulit. Silap terpilih bedak asas boleh menjadikan wajah kelihatan sembab, comot, bahkan mungkin terlalu putih atau terlebih gelap.


Harga bedak asas juga berbeza-beza – ada serendah $10 untuk sebotol 50 ml hinggalah ke jenama pertengahan sekitar $60 hingga $100 atau ke atas bagi botol sekitar 60 ml dan jenis ‘high end boleh mencapai $300 ke atas untuk sebotol sekitar 40 ml.


Namun apakah berbaloi mendapatkan bedak asas ‘high end’ atau atasan?

Berikut dinilaikan bedak asas atasan yang tetap popular di sebalik harganya.

Valmont Teint Precieux Votre Visage Smoothing Matte Foundation

Jenama Valmont dianggap antara yang tertinggi untuk bedak asas dengan harga sekitar $288 untuk sebotol 30 ml. Produk dari Swiss ini begitu tinggi harganya kerana didakwa mempunyai formula antipenuaan yang berkesan.

Selain itu, produk ini juga memiliki kandungan liposom RNA yang dikatakan mampu memperbaiki keadaan kulit serta bahan sea buckthorn (sejenis pokok renek) dan echinacea (pepohon berbunga dalam keluarga daisi) untuk menghaluskan kulit.


La Prairie Skin Caviar Concealer + Foundation

Bedak asas jenis ini mempunyai bahan kaviar yang biasanya diketahui sebagai bahan makanan eksotik yang mahal. Rupanya, kaviar juga memiliki manfaat yang baik untuk kulit. Memiliki ekstrak kaviar untuk membantu ketegangan kulit, produk dua dalam satu ini juga berfungsi sebagai bedak asas sekali gus concealer untuk menutupi segala kesan cela pada kulit wajah.


Clé de Peau Beauté Le Fond de Teint

Memiliki packaging mewah berbentuk berlian, bedak asal ini dijual dengan harga lebih $300 sebotol kecil di pasaran. Dilengkapi dengan kandungan penjagaan kulit khas, Illuminating Complex EX, bedak asas ini didakwa dapat melindungi dan memperbaiki keadaan kulit daripada bahaya sinar UV di samping menjaga agar kulit sentiasa lembap.


Sisley-Paris Sisleÿa Le Teint

Anda yang sentiasa mencari produk antipenuaan mungkin akan menyukai bedak asas ini. Penerangan produk menyatakan kesan daripada salutan bedak boleh menjadikan kulit kelihatan halus, segar dan mampat, hasil ekstrak tumbuhan alami. Produk ini berharga lebih $200.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >