Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas askar guna ‘mess tin’ masak beriani, sate goreng

Jun 16, 2023 | 6:09 PM
CETUS KREATIVITI: Encik Abdul Aziz Mohd Shafii yang sering bosan dengan makanan Maggi semasa ekspedisi darat memasak makanan ‘gourmet’ guna ‘mess-tin’
CETUS KREATIVITI: Encik Abdul Aziz Mohd Shafii yang sering bosan dengan makanan Maggi semasa ekspedisi darat memasak makanan ‘gourmet’ guna ‘mess-tin’ - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Beliau tidak pernah menjalani latihan memasak, tetapi Encik Abdul Aziz Mohd Shafii masih pandai memasak beriani, sate goreng dan ‘butter chicken’.

Paling menarik lagi, beliau boleh berbuat demikian menggunakan periuk empat segi kecil atau ‘mess tin’ yang biasa digunakan askar atau pengembara di hutan.

Menurut Encik Aziz, 38 tahun, beliau berbuat demikian kerana hendak menunjukkan pilihan makanan yang boleh dimasak semasa berkhemah tidak semestinya terhad kepada mi segera atau nasi putih dan makanan dalam tin semata-mata.

Beliau ialah seorang bekas askar dan pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) tetapi kini bertugas sebagai pelatih di Outward Bound Singapore (OBS).

Kreativiti yang ditunjukkannya itu pernah menjadi ‘tiket’ untuk beliau ditawarkan menyertai MasterChef Singapura musim keempat.

Laporan lanjut di Muka 12

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg