Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bekas komander SAF terkenal masak sajian kreatif guna ‘mess tin’

Kacang pool, konbif dan beriani antara hidangan yang disaji
Jun 17, 2023 | 05:00 AM



Siapa sangka pengalaman dalam hutan di Brunei semasa ekspedisi darat telah mencetuskan idea bagi bekas Komander Platun di Sekolah Kadet Spesialis, Encik Abdul Aziz Mohd Shafii, 38 tahun, untuk memulakan video masak menggunakan ‘mess tin’.

Mess tin ialah bekas yang biasanya digunakan askar untuk menyiapkan makanan semasa di lapangan.

“Kami membincangkan apa yang kami boleh masak semasa ekspedisi darat selama tiga hari selain mi segera, yang agak membosankan. Justeru, kami mendapatkan apa-apa bahan dari kantin dan menyiapkan hidangan beriani,” dedah Encik Aziz yang dikenali sebagai ‘@rangereats’ di TikTok.


Mak cik di kantin itu turut berasa terkejut dengan permintaan Encik Aziz.

“Saya minta beras mentah dan wajah mak cik itu seperti tidak percaya dengan permintaan saya, dan tidak tahu bagaimana untuk mengenakan bayaran untuk beras itu,” tambahnya.

Sejak pengalamannya itu, beliau percaya sesiapa sahaja boleh memasak pelbagai hidangan selain mi segera. Kemudian, timbul pula idea untuk memperkenalkan video masakan ‘mess tin’.

Antara hidangan ‘mess tin’ pertamanya ialah Army Corned Beef atau Konbif Tentera yang menggunakan bahan seperti konbif, bawang, cili padi dan lada putih.







Kini pengajar pelatih di Outward Bound Singapore (OBS) itu, yang telah meninggalkan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) selepas berkhidmat selama 16 tahun pada Februari 2023, telah menarik ramai pengikut di TikTok.

“Memasak semasa ekspedisi darat dengan sumber yang terhad mengajar kami untuk merancang terlebih dahulu. Ini penting dalam kehidupan seharian.

“Jika kami tidak merancang dengan teliti kami akan berhadapan dengan dua situasi. Iaitu dengan bahan tidak mencukupi sepanjang ekspedisi darat, ataupun kami akan membawa terlalu banyak makanan yang akan menambah kepada berat beg yang dibawa itu,” tambahnya.

Beliau yang berbakat mengubah hidangan biasa menjadi luar biasa itu diberi tawaran untuk menyertai rancangan pertandingan memasak, MasterChef Singapore musim keempat.


Encik Aziz telah dipilih untuk pusingan kedua uji bakat.

“Mereka menemui saya melalui TikTok dan Instagram, dan mereka fikir kehadiran saya dalam rancangan itu mungkin sesuatu perkara yang menarik. Malangnya, saya terpaksa melepaskan peluang itu kerana jadual yang bercanggah dengan cabaran OBS selama 21 hari,” tambahnya yang ingin melibatkan diri dalam musim Masterchef Singapore yang seterusnya jika diberikan peluang lagi.


Penggemar makanan itu sering menonton pelbagai video masakan demi mendapatkan inspirasi dan mempelajari teknik memasak yang boleh menambah nilai kepada videonya.

Antara kegemarannya ialah Cef Sherson Lian dari rancangan televisyen MasterChef dan The Food Network.


“Berdasarkan video yang ditonton, saya akan mencuba hidangan dan menyesuaikan resipi itu demi memastikan ia boleh dimasak dengan mudah di luar,” kata Encik Aziz yang biasanya mencuba sesuatu resipi itu berulang kali.

Antara hidangan yang pernah disiapkannya menggunakan ‘mess tin’ ialah kacang pool. Untuk resipi ini, Encik Aziz perlu kreatif mencari teknik yang sesuai untuk memasak telur.

“Telur yang dihidang dalam kacang pool sering digoreng dan ‘mess tin’ yang digunakan itu mempunyai batasannya. Ia tidak sesuai digunakan untuk menggoreng.







“Ia mengambil sedikit masa untuk membetulkan teknik itu dan saya menggunakan sebanyak 10 biji telur apabila membuat percubaan dan gagal. Oleh itu, saya memutuskan untuk menggunakan mangkuk ‘ramekin’ – bekas kecil – demi membantu mengekalkan bentuknya juga.”

Video itu bukan sahaja memberi manfaat kepada mereka yang keluar untuk memasak di ekspedisi darat malah untuk mereka yang berada di rumah juga.

“Saya menerima komen daripada salah seorang wanita yang menggunakan ‘mess tin’ dalam masakannya sambil mengikuti resipi yang saya memuat naik di TikTok. Beliau berkongsi saiz hidangan makanan itu cukup untuk dua orang tanpa membazirkan apa-apa makanan,” katanya.

Dalam ruangan komen TikTok, ramai pengikut yang menghargai kandungannya itu manakala ada pula yang terkenang pengalaman bersama Encik Aziz apabila beliau memasak untuk askar semasa ekspedisi darat.

Ada juga pelajar sekolah menengah yang memanfaatkan resipinya apabila mereka menyertai ekspedisi OBS di luar.

Dengan masakan ‘mess tin’ yang menjadi bidang kepakaran, Encik Aziz ingin terus meneroka kreativitinya dan menghasilkan video menggunakan ‘mess tin’ yang menarik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >